Terharu dengan sikap prihatin jemaah haji Malaysia yang menitikberatkan soal kebersihan ketika mengerjakan ibadah rukun kelima tersebut baru-baru ini. Walau keadaan di Mina sesak dan sempit dengan kehadiran jutaan umat Islam namun Jemaah haji Malaysia dilaporkan berdisiplin sepanjang dalam tempoh operasi Masyair.
Yang pasti, ia tidak jadi halangan buat kesemua mereka memastikan penginapan di Arafah, Muzdalifah dan Mina selesa untuk didiami dalam tempoh persiapan operasi itu.
Berdasarkan laporan Bernama, kebanyakan khemah jemaah haji Malaysia di Arafah ditinggalkan dalam keadaan lebih bersih berbanding sebelum ketibaan mereka. Malah ada yang sanggup bergotong-royong menyusun tilam, selimut dan bantal sebelum berangkat ke Muzdalifah.
Bukan menjaga kebersihan dan keselesaan di khemah penginapan saja bahkan ketika bermabit atau bermalam di Muzdalifah, rata-rata jemaah membawa plastik sampah masing-masing demi memastikan tiada sisa sampah ditinggalkan mereka sebelum bergerak ke Mina.
Alhamdulillah, macam inilah contoh generasi modal insan dan minda kelas pertama!
Lebih membanggakan, di celah laluan khemah di Mina juga menunjukkan tiada pembuangan sampah-sarap di merata tempat. Pujian juga harus diberikan kepada pihak Lembaga Tabung Haji kerana menyediakan tong sampah di pelbagai lokasi.
Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi dikatakan sentiasa memuji dan menganggap jemaah Malaysia sebagai contoh terbaik. Di Arafah, 200 khemah disediakan untuk jemaah Malaysia.
Keadaan di Mina agak mencabar kerana tidak hanya membabitkan 600 khemah untuk jemaah Malaysia. Tetapi juga berada dalam kawasan yang sangat hampir dengan khemah umat Islam dari negara lain.
Tahniah dan syabas buat semua jemaah haji Malaysia kerana mencerminkan peribadi yang terpuji untuk dijadikan teladan buat bakal jemaah haji kelak.
Anzalna Makin Cerewet Pasal Keperluan Anak, Pilih Yang Terbaik Saja Untuk Eidrees!
Tiada ungkapan yang tepat untuk menyatakan perasaan Anzalna selepas bergelar ibu. Hanya pujian dan syukur dipanjatkan, bila akhirnya penantian mereka selama ini dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Mohamad Eidrees Mohd Hanif. Terasa kebahagiaan menyelubungi jiwa Anzalna tatkala tubuh si comel ini didakap erat.
Selepas tiga tahun mendirikan rumah tangga dengan suami tercinta, Mohd Hanif Zaki, kelahiran Eidrees bagai menyerikan lagi kehidupan wanita kelahiran Tasek Gelugor, Pulau Pinang itu. “Momen yang sangat bermakna, ketika saya melihat sendiri anak yang dikandung selama 9 bulan benar-benar muncul di depan mata. Macam tak percaya dah ada anak sendiri!” kongsi Finalis Dewi Remaja 2009/10 tersebut.
Kehidupan Anzalna suami isteri kini banyak berkaitan tentang anak mereka. Demi Eidrees, dia sanggup berehat daripada dunia seni demi komitmen yang tinggi sebagai ibu. “Saya tak sampai hati nak tinggalkan Eidrees lama-lama. Jadi biarlah saya tangguhkan dulu karier seni dan tumpukan perhatian penuh untuk keluarga dahulu,” katanya lembut.
Utamakan Eidrees
Banyak perubahan berlaku semenjak Anzalna bergelar ibu. “Yes! I really enjoy being a mother. Walaupun penat tapi seronok. Sejak Eidrees lahir, kalau boleh semua perkara tentangnya saya nak buat sendiri. Ramai yang kata saya cerewet tapi ibu mana yang tak sayangkan anak, kan? Jadi sebelum berlaku perkara tak diingini, lebih baik kita beringat.
Sebab tu kebersihan menjadi keutamaan kami suami isteri. Saya akan pastikan persekitaran kediaman kami sentiasa bersih agar Eidrees membesar dengan sihat. Itulah sebabnya hampir setiap hari saya cuci baju, stoking, sarung tilam dan sarung bantal Eidrees.
Bukan itu saja, pakaian kami suami isteri pun mesti bersih termasuk perhiasan rumah macam langsir dan kusyen. Produk pencuci dan pelembut fabrik seharusnya telah duji secara klinikal agar bebas alahan. Malah sebelum menggunakan sesuatu produk, saya akan periksa dulu rumusannya, kulit bayi ni sangat sensitif.
Setelah mencuba TOP Plush Soothing Care, pelembut fabrik ini benar-benar menyenangkan hidup saya. Ia bukan saja memberi kelembutan pada fabrik malah selamat digunakan untuk Eidrees. Setakat ini dia belum pernah lagi mengalami alahan atau kemerahan,” terang Anzalna yang melahirkan anak pada 31 Mei 2019 lepas.
Hanif juga mengangguk setuju dengan perkongsian isterinya. Tambah Hanif, “Bukan Anzalna sorang tapi saya pun banyak berubah selepas menjadi bapa. Contohnya selama ini, saya tak tahu pun nak cuci baju atau buat kerja rumah lain.
Tapi sejak Eidrees lahir saya mula belajar buat kerja rumah. Saya cuba untuk membantu Anzalna dan meringankan bebannya. It’s a teamwork. Tolong basuh baju anak, kemas rumah dan sebagainya. Bila dah dikurniakan anak, kita kenalah jaga amanah ini betul-betul. Saya sanggup buat apa sahaja untuk mereka berdua,” kata Hanif yang kini bekerja sebagai pengurus di syarikat DRB-Hicom.
Sampuk Anzalna, “Ya, dulu sebelum ada Eidrees kita tak macam ni kan? Sekarang kami berdua memang lebih teliti dan apa-apa pun kita fikir Eidrees dulu. He is our main priority,” ungkap Anzalna sambil tersenyum memandang suaminya.
Melucukan
Bercerita tentang kehadiran Eidrees dalam keluarga besar Anzalna, menimbulkan rasa lucu pula. Anzalna sejak kecil dikelilingi empat orang adik-beradik perempuan dan dia sendiri sudah biasa menguruskan tiga orang anak saudara perempuan.
“Eidrees merupakan satu-satunya cucu lelaki dalam keluarga saya. Mama saya sendiri rasa kekok nak uruskan bayi lelaki pada mulanya. Maklumlah semua anaknya adalah perempuan. Pengalaman kena ‘pancut’ ketika membersihkan lampin selalu menjadi bahan gurauan kami sekeluarga bila berkumpul.”
Setiap ibu bapa sudah pasti mempunyai perancangan terbaik untuk anak masing-masing, termasuklah pasangan sama cantik sama padan ini. Namun mereka tidak pernah menetapkan masa depan Eidrees sebaliknya mahu memberi kebebasan untuk memilih haluan sendiri. Kecuali sebagai persediaan, Anzalna mengambil Plan Perlindungan Kesihatan dan Perubatan anak sejak lahir lagi.
Dalam pada itu wanita kecil molek ini juga menjadikan ibunya sebagai idola dalam mendidik anak. “Kalau kita dengar memang klise menjadikan ibu sebagai idola. Namun, saya benar-benar kagum bagaimana ibu saya seorang suri rumah mampu membesarkan kami berlima. Rasanya mungkin saya tak mampu berada di tahap ibu saya,” kata Anzalna yang turut gemar melihat cara Dato’ Dr Sheikh Muszaphar Shukor mendidik anak-anak.
Menutup perbualan kami, sempat Anzalna berkongsi doa dan harapannya sebagai ibu. “Semoga Eidrees membesar menjadi anak yang soleh, berbudi pekerti mulia, pintar dan berjaya di dunia serta akhirat. Aamin…”
Jom sertai Peraduan ‘Selfie & Menang’ Say I Do To Plush dan menangi RM200 untuk 10 pemenang sekarang.
Pakaian Dalam Serlah Sisi Feminin, Bra Selesa Dengan Monogram-T Ini Buat Wanita Lebih Yakin
Setiap wanita itu cantik dengan cara tersendiri. Tanpa mengira saiz badan atau ketinggian yang dianugerahkan, anda boleh kelihatan menyerlah dengan pemakaian pakaian dalam yang tepat bagi menyerlahkan keyakinan diri. Sambil memberi sokongan payudara, ia seharusnya cantik, selesa dan semula jadi, selain membangunkan kelestarian alam.
Nona tertarik dengan koleksi Triumph The Signature Sheer baharu. Meskipun direka mengikut keselesaan badan, namun ia cukup bergaya dengan aplikasi fabrik sheer yang memberikan sokongan penuh. Lebih menarik, koleksi ini juga menampilkan corak renda monogram signature Triumph ‘T’ yang stailo.
Paling penting, koleksi ini dilihat menyempurnakan kehidupan harian wanita yang mementingkan kualiti termasuk pemilihan pakaian dalam. Bila dalaman hebat, pasti luaran juga meyakinkan!
FASA KEHIDUPAN
Sepanjang kehidupan wanita, banyak fasa yang dilalui termasuk perubahan bentuk badan. Tabiat gaya hidup juga mempengaruhi saiz dan berat seseorang, menjadikan setiap individu itu unik serta berbeza antara satu sama lain.
Walaubagaimanapun, setiap perbezaan itu mengukir pengalaman berharga. Raikan bentuk badan ini dengan pemilihan fesyen yang bersesuaian termasuk pakaian dalam yang selesa serta menyerlahkan keunikan siluet tubuh wanita.
Tanpa pemakaian bra yang sesuai juga, penampilan boleh menjadi kurang menarik. Sepasang bra yang baik seharusnya memberi keselesaan dan membetulkan postur badan wanita. Hasilnya, payudara akan kelihatan lebih natural, lebih terletak dan menyerlahkan siluet yang lebih kemas.
KOLEKSI THE SIGNATURE SHEER
Mula menjengah pasaran secara rasminya pada 28 September, koleksi ini boleh didapati secara offline dan online. Ia menjadi buruan wanita kerana rekaannya yang moden, selesa serta sesuai untuk kegunaan harian. Bagi wanita bekerja, kenakan koleksi ini di sebalik pakaian kerja bagi menyuntik perasaan lebih yakin dan bersemangat.
1. Wired Padded Bra: Direka dengan sokongan signature Triumph iaitu Wire Light untuk keselesaan maksimum. Ia diperbuat daripada material kitar semula yang mesra alam. Struktur bahagian tulang tepi bra juga mencipta siluet payudara yang terletak cantik.
2. Wired Bra: Direka secara visual menyerlahkan bentuk payudara semula jadi. Ia turut dicipta dengan pad nipple discretion bagi memberi lebih keyakinan, walaupun ketika anda mengenakan top mengikut bentuk badan.
3. Non-Wired Deep V Bra: Direka dengan garis leher infiniti yang menawan. Potongan cup di bahagian tengah bagus untuk mengampu payudara bagi mencipta lurah yang lebih penuh dan natural.
Ketiga-tiga koleksi The Signature Sheer didatangkan dalam rona Toasted Almond, Decadent Chocolate dan Classic Black. Kenakan bersama set seluar dalam sedondon dengan garis tepi tidak kelihatan. Dapatkan Maxi untuk efek perut kempis atau Smooth Hipster untuk potongan di bahagian tengah perut yang selesa dan bentuk kaki triangular.
Lebih unik, koleksi eksklusif ini juga tampil bersama dua helaian tambahan iaitu The Corsage dan Long-sleeved Top. Helaian tersebut boleh didapati secara offline di Triumph Boutique IOI City Putrajaya, Triumph Boutique Sunway Pyramid, Triumph Boutique Pavilion KL dan Parkson Pavilion KL.
The Corsage: Top korset yang direka dengan jahitan bertulang bagi menyerlahkan ilusi bentuk badan jam pasir. Anda boleh menanggalkan tali strap bahu untuk mencipta gaya top berbeza. Ia direka tanpa wayar untuk keselesaan namun dilengkapi padded liner untuk sokongan ekstra.
Long-sleeved Top: Top sheer lengan panjang direka dengan corak renda moden asimetri. Didatangkan dalam warna Classic Black untuk tampilan sofistikated dan stailo.
Kerana itu, raikanlah setiap perubahan bentuk badan yang berlaku dengan rasa bangga. Demi keselesaan dan keyakinan diri, jangan lupa untuk memilih bra yang baik pada setiap masa kerana bra kita adalah penyokong kita.
Dapatkan koleksi The Signature Sheer di butik-butik Triumph atau layari website (klik di sini) untuk lebih pilihan.
Liang Pori Bersih & Bebas Bernafas, Mudahnya Tanggalkan Mekap & Kotoran Degil Serta Merta Dengan Hada Labo Micellar Cleansing Water!
Ramai wanita menganggap wajah pasti bersih kalau mekap ‘hilang’ dari mata kasar. Tidak semestinya. Tanpa cucian yang betul, liang pori mudah tersumbat seterusnya membiak bakteria serta menyebabkan banyak masalah kulit. Itulah sebabnya Hada Labo memperkenalkan Pore Refining Micellar Cleansing Water baharu, wajah bukan saja bersih malah liang pori juga sihat dan bebas bernafas!
Alangkah leganya bila mekap dibersihkan, muka rasa ringan dan segar selepas dicuci dengan Pore Refining Micellar Cleansing Water ni.
Kini anda boleh menanggalkan solekan dengan 1 sapuan tanpa menggosok muka berkali-kali untuk mencuci mekap kalis air. Itulah puncanya kedutan wajah dan garis-garis halus.
Pore Refining Micellar Cleansing Water tidak sekadar menanggalkan mekap termasuk produk kalis air dengan sempurna, malah dilengkapi banyak kelebihan lain.
Formulasi unik produk ini menepati ‘Cara Pembersihan Wajah Jepun’ iaitu liang pori dibersihkan dengan sempurna tanpa mengeringkan kulit, malah mampu melembapkan lagi kulit selepas cucian.
Semakin anda membersihkan semakin anda rasa terhidrat. Tak payah risau walaupun anda terpaksa menanggalkan solekan anda beberapa kali sehari.
MEMBERSIH SAMBIL MELEMBAP
Sungguh menyenangkan. Mudah sangat nak cuci wajah dengan Pore Refining Micellar Cleansing Water, cuma sapu sisa mekap dengan pad kapas, dah bersih! Kulit pun tak kering atau rasa tegang sebab ia membersih sambil melembapkan.
Bukan solekan semata, produk ini juga:
• menghalang liang pori tersumbat
• menyingkirkan sel kulit mati
• mengurangkan jerawat
• mengecilkan saiz liang pori
• melembut dan menganjalkan kulit
Berbeza daripada produk Micellar Water lain di pasaran, produk Hada Labo ni langsung tak memedihkan atau mengeringkan kulit. Yang penting, formulasinya membuatkan anda tak perlu lagi menyental muka berkali-kali untuk membersihkan mekap kalis air. Silap-silap itulah puncanya muka berkedut dan timbul garis-garis halus.
FORMULASI UNIK
Dengan teknologi mikro-molekul pembersihan kulit yang unik, ia sangat berkesan untuk membersihkan semua jenis solekan kalis air di bahagian wajah, mata dan bibir.
Hada Labo Pore Refining Micellar Cleansing Water juga turut dirumus dengan bahan-bahan yang melembap dan menyihatkan kulit. Antaranya:
- Rose water: Merawat dan mencerahkan tona kulit.
- 2 jenis asid hyaluronik: Untuk lembapan berganda.
- 2 jenis lipid (Phospholipids + Sphingolipids): Berfungsi sama seperti ceramida untuk menguatkan jaringan kulit dan meningkatkan lembapan.
- Protein susu: Untuk menyihat, melembut dan melembapkan kulit.
- Double enzymes: Untuk menghalang liang pori tersumbat, menyingkirkan sel kulit mati dan mencegah masalah blackhead atau jerawat.
Produk Hada Labo Pore Refining Micellar Cleansing Water tidak diuji ke atas haiwan, bebas alkohol, pewangi atau pewarna tiruan. Ia terbukti sesuai untuk semua jenis kulit termasuk kulit sensitif dan berjerawat.
Jadi tunggu apa lagi, dapatkan Hada Labo Pore Refining Micellar Cleansing Water anda sekarang. Untuk maklumat lanjut, layari info Hada Labo seperti yang tertera.
Website: Hada Labo Malaysia
Facebook: MY Hada Labo
#HLMicellarWater
#UnleashYourTrueBeauty
#HadaLaboMalaysia
#HadaLabo