Berita Harian

Kilang Toyota sambung operasi

-

Assembly Services Sdn Bhd (ASSB), anak syarikat UMW Toyota Motor Sdn Bhd yang terbabit dalam pemasangan dan pengeluara­n kenderaan Toyota menyambung semula operasinya bermula semalam.

ASSB dalam satu kenyataan, berkata, penyambung­an semula operasinya adalah susulan kepada kebenaran diberikan Kerajaan Selangor berkaitan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang diumumkan pada 4 Mei lalu.

Katanya, sebelum ini, ASSB menggantun­g semua operasinya bermula 18 Mac lalu sebaik saja Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanak­an di seluruh negara sebagai langkah membendung penularan wabak COVID-19.

“Syarikat akan menyambung semula operasi bermula hari ini (semalam).

“Kami sangat berterima kasih kepada Kerajaan Selangor di atas keputusan untuk melaksanak­an PKPB dengan perincian khusus seperti ini serta memahami bahawa langkah berkenaan untuk kebaikan negeri dan juga rakyatnya,” kata Presiden UMW Toyota Motor, K Ravindran.

Ravindran berkata, dengan penyambung­an semula operasi, ia berharap dapat membantu merancakka­n semula ekonomi dan meningkatk­an momentum industri automotif serta perniagaan.

“Kami akan mengamalka­n prosedur operasi standard (SOP) yang ketat sama seperti syarikat lain yang dibenarkan menyambung semula operasi dalam kapasiti penuh.

“ASSB akan patuh sepenuhnya kepada semua SOP berkenaan demi menjaga kesihatan dan keselamata­n kira-kira 2,000 pekerja yang bertugas di kilang kami,” katanya.

Antara SOP dipraktikk­an ialah mengekalka­n jarak satu meter antara pekerja; pemeriksaa­n suhu badan dengan kerap; langkah pencegahan menggunaka­n cecair sanitasi dan topeng muka serta pembasmian kuman di premis tiga kali sehari.

Sementara itu, Timbalan Pengerusi UMW Toyota Motor, Akio Takeyama, berkata sekiranya perlu, tempoh bekerja dan aliran tugas juga akan diubah untuk mewujudkan persekitar­an lebih selamat.

“Toyota Motor Corporatio­n (TMC) juga sangat serius dalam menyediaka­n suasana selamat dan sihat bagi semua pekerja.

ASSB akan patuh sepenuhnya kepada SOP demi menjaga kesihatan dan keselamata­n kira-kira 2,000 pekerja di kilang kami.

K Ravindran, Presiden UMW Toyota Motor

“Sebagai keluarga besar Toyota pada peringkat antarabang­sa, ASSB boleh memanfaatk­an nasihat dan amalan kesihatan terbaik daripada TMC berkaitan langkah tambahan boleh diambil untuk operasi di Selangor,” katanya.

 ?? ( Foto hiasan) ?? Toyota laksana SOP pekerja terjamin. ketat bagi memastikan kesihatan dan keselamata­n
( Foto hiasan) Toyota laksana SOP pekerja terjamin. ketat bagi memastikan kesihatan dan keselamata­n
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia