Harian Metro

JAMAH ‘ULAR’ BERLENDIR

-

„ Ikan linang tetap dicari pemancing

kerana khasiat tenaga batin

hairan berikutan fizikal ikan dipancingn­ya berbeza berbanding ikan pernah ditangkapn­ya sebelum ini.

“Ketika ‘bergelut’ untuk menaikkan ikan saya hairan kerana ikan ini terlalu ‘liat’ untuk dipancing lalu memanggil bapa saudara (Ahmad Syukri) untuk melihat ikan yang sedang dipancing.

“Bapa saudara ketika itu tidak dapat mengagak spesies ikan kerana keadaan masih gelap lalu menyuruh saya tarik ikan itu perlahan-lahan serta menunggu sehingga ia penat dan ‘mengalah’ sendiri,” katanya.

Katanya, selepas berjaya menaikkan ikan berkenaan ke darat, dia dan beberapa peserta lain lari bertempiar­an kerana ketakutan berikutan fizikalnya yang berbeza berbanding ikan biasa.

“Kami ketakutan kerana menganggap ikan itu spesies ular atau belut memandangk­an bentuk fizikalnya besar dan panjang.

“Untuk menekanya dengan betul juga agak sukar kerana hari masih gelap lalu bapa saudara menyuruh saya mengikat ikan berkenaan dengan tali dan membiarkan ia di dalam sungai sementara menunggu hari siang,” katanya yang berjaya membawa naik ikan itu pada jam 5 pagi.

Menurutnya, berat ikan yang dipancing mencecah 12 kilogram dengan panjang lebih satu meter menggunaka­n ikan baung yang dipotong kecil sebagai umpan.

 ??  ?? PEMANCING perlu bergelut sebelum dapat membawa naik ikan linang.
PEMANCING perlu bergelut sebelum dapat membawa naik ikan linang.
 ??  ?? IKAN baung dipotong kecil digunakan sebagai umpan ketika memancing.
IKAN baung dipotong kecil digunakan sebagai umpan ketika memancing.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia