Harian Metro

TERKAIL LINANG GERGASI

„ Nelayan terkejut umpan pancing dimakan ikan dengan panjang luar biasa

- Noor Ainum Ibnu Hajar Abu Seman am@hmetro.com.my

“Ketika hendak naikkannya, saya hairan sebab ia lebih berat daripada biasa dan apabila saya tarik tali kail yang diikat pada dahan pokok, kepala ikan itu timbul dalam ukuran sejengkal.

“Saya ingatkan ular tapi ukuran mulut ikan ini lebih besar daripada ular, hendak kata labi-labi, ia tidak ada kaki dan tangan jadi saya capai sauk dan masukkan tangkapan itu ke dalamnya.

“Apabila mengangkat ke bot, saya terkejut apabila panjangnya luar biasa daripada hasil tangkapan ikan sebelum ini,” kata Abdul Muin Husin, 48.

Abdul Muin adalah nelayan darat yang menangkap ikan berukuran hampir dua meter seberat 11 kilogram dipercayai ikan linang atau nama saintifikn­ya ‘Angullia Mauritiana’ di Sungai Pahang berhampira­n Kampung Bukit Genting, kelmarin.

Gambar penemuan ikan itu tular di laman sosial dan aplikasi WhatsApp sejak kelmarin.

Abdul Muin berkata, dia mula memasang ikan seluang sebagai umpan pada tali kail, petang Sabtu lalu sebelum meninggalk­annya semalaman.

“Jadi, pagi Ahad itu saya bersama anak saudara turun ke sungai untuk melihat hasilnya selepas semalaman ditinggalk­an.

“Kebiasaann­ya saya dapat hasil sungai terdiri daripada ikan kecil tapi ini kali pertama saya melihat ikan sebesar ini.

“Saya tidak mahu meneka apa spesies ikan ini dan bawa ia terus ke jeti untuk ditunjukka­n kepada rakan nelayan darat yang lain,” katanya ketika ditemui di Kampung Bukit Genting, semalam.

Katanya, rakannya dan penduduk kampung yang melihat juga buntu sebaik saja ditunjukka­n ikan berkenaan.

“Apabila membuka sauk, ada rakan yang lari kerana terkejut melihat saiznya dan tidak kurang juga meneka ia sebagai belut bersaiz besar.

“Tidak berpuas hati, saya mengambil gambar ikan itu dan hantar kepada pihak perikanan sebelum pegawainya memberitah­u kemungkina­n hasil tangkapan itu adalah ikan linang dan rakan yang berpengala­man luas mengenai ikan turut memberikan maklum balas sama,” katanya.

Menurutnya, ikan berkenaan kemudian disedekahk­an kepada Madrasah Al-Fatihah cawangan Kampung Bukit Genting selain diberikan kepada anak saudaranya yang mengalami masalah lelah.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? CANDIK iaitu sejenis peralatan menangkap ikan tradisiona­l yang digunakan untuk mengangkat ikan linang.
IKAN linang yang ditangkap Abdul Muin di Sungai Pahang berhampira­n Kampung Bukit Genting, kelmarin.
CANDIK iaitu sejenis peralatan menangkap ikan tradisiona­l yang digunakan untuk mengangkat ikan linang. IKAN linang yang ditangkap Abdul Muin di Sungai Pahang berhampira­n Kampung Bukit Genting, kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia