Professional Documents
Culture Documents
TAJUK PROJEK :
PROGRAM
EKSPLORASI SEJARAH
TINGKATAN LIMA 2013
Oleh:
NAMA PENSYARAH
PENYELIA:
KEBANGSAAN (NPQEL)
BIODATA DIRI
Jantina : LELAKI
Umur : 45 TAHUN
NEGERI SEMBILAN
Saya mengaku bahawa hasil karya ini adalah asli dan sumber-sumber yang
digunakan ada dinyatakan.
2.1 Pengenalan 34 - 35
2.2 Pencapaian Matapelajaran Sejarah 35 - 36
2.3 Punca Kelemahan Matapelajaran Sejarah 36 - 37
2.4 Soal Selidik 37 - 40
2.5 Keputusan Melaksanakan Penambahbaikan Program Sekolah 40 - 42
2.6 Analisis Persekitaran SWOC dan COWS Matriks 43 - 45
2.7 Penilaian Strategi Terbaik 46
2.8 Senarai Strategi Mengikut Keutamaan 47
2.9 Objektif, KPI, Sasaran dan Strategi 48
iii
BAB 3 : MEMILIH PROGRAM YANG MEMENUHI KEPERLUAN
PENAMBAHBAIKAN SEKOLAH
3.1 Pengenalan 49 - 52
3.2. Kaedah Inkuiri Sejarah 52 - 53
3.3 Matlamat Pengajaran dan Pembelajaran Inkuiri sejarah 53 54
3.4 Kepentingan Progam 54 - 56
4.1 Pengenalan 57
4.2 Carta Gantt 57, 63 - 64
4.3 Kertas Kerja
Instrumen Program Eksplorasi
Kajian 57, 65 - 70
4.4 Instrument Kajian 57 - 60
4.5 Pelan Operasi 61 - 62
BAB 6 : REFLEKSI
6.1 Pengenalan 77 - 79
6.6 Kesimpulan 90 - 92
BIBLIOGRAFI
LOG HARIAN PROGRAM SANDARAN
LAMPIRAN
LAPORAN BERGAMBAR
iv
PENGHARGAAN
Juga ucapan terima kasih tidak terhingga kepada Puan Pengetua Cemerlang,
Puan Hajah Noorizan Binti Abdul Latif selaku pembimbing yang banyak memberi
nasihat dan motivasi. Kepada semua guru, staf sokongan serta pelajar yang
memberikan kerjasama terutama dalam mendapatkan bahan-bahan untuk tujuan
pendokumentasian, jutaan terima kasih diucapkan.
Akhir sekali penghargaan dan terima kasih kepada semua guru Sejarah SM
Sains Tuanku Jaafar yang terlibat secara langsung menjayakan program Eksplorasi
Sejarah Tingkatan Lima serta sentiasa memberikan sokongan , kerjasama dan
bantuan dalam menjayakan program ini. Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan
terima kasih kepada semua yang terlibat.
Laporan sandaran ini adalah hasil daripada kajian yang dijalankan untuk mengatasi masalah
yang dihadapi oleh kelompok pelajar cemerlang Tingkatan 5 yang masih belum menguasai
pembelajaran mata pelajaran Sejarah. Seramai 141 orang pelajar calon SPM SM Sains Tuanku
Jaafar terlibat dalam kajian ini. Tinjauan awal dilaksanakan melalui maklumat post-mortem yang
dibuat terhadap keputusan PeperiksaanPertengahan Tahun 2013. Dapatan
menunjukkan pencapaian dalam mata pelajaran Sejarah bagi segelintir pelajar kurang
memuaskan. Soal selidik yang dibuat ke atas kelompok pelajar ini juga mendapati mereka gagal
menguasai fakta sejarah dengan baik kerana masih kurang pendedahan tentang teknik belajar
yang berkesan. Dapatan daripada soal selidik juga menunjukkan pelajar tidak dapat mengingat
fakta sejarah dalam tempoh masa yang lama. Ujian pra yang dilaksanakan menunjukkan
hampir 25% pelajar masih gagal menjawab soalan berkaitan fakta dengan baik. Tindakan
penambahbaikan telah dilaksanakan dengan memperkenalkan kaedah belajar berkesan i a i t u
d e n g a n m e n g g u n a k a n k a e d a h p e m b e l a j a r a n i n k u i r i . Kajian ini
dijalankan secara berkumpulan dalam Bengkel Eksplorasi yang telahpun dirancang dalam
tempoh sebulan. Keputusan ujian pos menunjukkan terdapat peningkatan prestasi
berbanding pencapaian dalam ujian pra. Dapatan kajian menunjukkan kaedah inkuiri dapat
mengoptimumkan keupayaan pelajar dalam mengingat fakta sejarah sekaligus melonjakkan
pencapaian mata pelajaran Sejarah.
MAKLUMAT SEKOLAH
Sekolah Menengah Sains Tuanku Jaafar merupakan cetusan idea Tun Abdul Razak Bin
Hussain, Perdana Menteri Malaysia seperti yang dilaporkan dalam Laporan Razak pada tahun
1970. Kompleks sekolah ini telah mula dibina di bawah Rancangan Malaysia Kedua sejak
tahun 1972 dengan tujuan menampung lebih ramai pelajar Melayu luar bandar mengikuti
aliran sains dan teknologi disamping dapat merapatkan jurang ekonomi antara kaum di negara
ini. Pada bulan Januari 1973, seramai 109 orang pelajar lelaki dan 34 orang pelajar perempuan
yang diambil daripada pelbagai sekolah di Negeri Sembilan telahpun dimasukkan ke sekolah
ini. Sementara menunggu kompleks bangunan sebenar di Kampung Gentam, Kuala Pilah siap
sepenuhnya kesemua pelajar sekolah ini menumpang belajar di Sekolah Menengah King
George V, Jalan Hose Seremban. Sekolah ini hanya bermula dengan enam orang staf akademik
yang diketuai oleh Encik Abu Samah Bin Katas. Asrama pelajar lelaki telah ditempatkan di
Sekolah Kebangsaan Seri Kelana, Jalan Channer manakala asrama pelajar perempuan
ditempatkan di rumah banglo kerajaan yang lama di Jalan Hose Seremban.
Bangunan kompleks sekolah ini telah siap sepenuhnya pada penghujung tahun 1974 dan
semua pelajarnya telahpun berpindah ke kompeks yang baru pada bulan Januari 1975. Sekolah
ini pada asalnya diberi nama Sekolah Menengah Sains Negeri Sembilan. Namun pada 31
Januari 1981 sekolah ini telah dibuka dengan rasminya oleh Duli Yang Maha Mulia Tuanku
Jaafar Ibni Almarhum Tuanku Abdul Rahman, Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan dan
sekolah ini diberi nama Sekolah Tuanku Jaafar atau STJ.
1
Bagaimanapun, mulai sesi 1994 / 1995, nama sekolah ini telah diubah sekali lagi kepada
Sekolah Menengah Sains Tuanku Jaafar (SMSTJ) kerana hendak memberikan penekanan
kepada bidang sains sejajar dengan seruan kerajaan untuk melahirkan tenaga kerja mahir yang
lebih ramai. Kini Sekolah Menengah Sains Tuanku Jaafar telah berjaya melonjakkan
kecemerlangan dengan menerima pelbagai anugerah dan pengiktirafan di peringkat
Kementerian Pelajaran Malaysia. Sekolah ini telahpun dinobatkan sebagai Sekolah Kluster
Kecemerlangan (SKK) pada tahun 2011 dan turut menerima menerima anugerah Sekolah
Berprestasi Tinggi (SBT) pada bulan Februari tahun 2012.
Sekolah Menengah Sains Tuanku Jaafar telah ditadbir oleh sepuluh orang pengetua yang
berpengalaman dan berwawasan iaitu:-
2
1986 1990 : En. Masran bin Haji Mohd Som
3
Tahun 2013, genap 39 tahun Sekolah Menengah Sains Tuanku Jaafar berdiri megah
sebagai sebuah institusi pendidikan yang cemerlang selari dengan moto Sekolah Berasrama
Penuh iaitu Di Sini Pemimpin Dilahirkan dan moto sekolah iaitu Maju Sempurna. Fokus
utama sekolah ialah mencemerlangkan pelajar dalam bidang akademik, kokurikulum dan
pembentukan sahsiah serta kepemimpinan dengan menekankan ciri-ciri penting dalam setiap
diri pelajar iaitu kepercayaan kepada Tuhan, kecemerlangan ilmu, kemapanan sahsiah,
kesejagatan kepimpinan dan kejituan patriotisme. Elemen ini penting dalam usaha
melahirkan modal insan terbilang yang memiliki minda kelas pertama selari dengan kemahiran
pendidikan Abad 21.
4
1.2 Latar Belakang Sekolah
Sekolah Menengah Sains Tuanku Jaafar (SMSTJ) terletak di Daerah Kuala Pilah
iaitu kira-kira 2.5 kilometer daripada PPD Kuala Pilah dan 45 kilometer daripada bandar
Seremban. Oleh kerana kedudukan sekolah ini jauh dari bandar iaitu dalam kawasan
Kampung Gentam, ianya telah menjadikan suasana sekolah ini agak sunyi dan tenang dari
kesibukan kota. Buat masa ini, sekolah ini turut menerima hampir 85 % pelajar yang
berasal dari sekitar Negeri Sembilan dan selebihnya daripada beberapa buah negeri lain
seperti sekitar Melaka, Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya serta
Pahang dan Johor.
Pakej mata pelajaran yang ditawarkan di sekolah ini ialah pakej Sains Tulen dan
Sains Teknikal di peringkat menengah atas manakala di peringkat menengah rendah
adalah mata pelajaran teras. Sekolah juga ada menawarkan mata pelajaran bahasa
antarabangsa bagi pelajar Tingkatan 1 hingga 5 iaitu bahasa J e rm a n , bahasa
Ma nde ri n dan bahasa Arab. Berikut adalah aliran dan mata pelajaran yang ditawarkan
kepada pelajar-pelajar.
Jadual 1 : Senarai mata pelajaran yang ditawarkan di peringkat Menengah Rendah dan
Menengah Atas
Pencapaian terbaik PMR dalam tempoh tiga tahun (2010, 2011 dan 2012) ialah
pada tahun 2011 iaitu dengan memperoleh gred purata 1.06 dengan 90.30% (121/134
murid) mendapat 7A dan ke atas dan semua pelajar yang mengambil mata pelajaran
Kemahiran Hidup Pilihan 1 dan 2 mendapat 100% A.
28
Bagi pencapaian terbaik SPM dalam tempoh yang sama, sekali lagi tahun 2011 telah
melakar sejarah dengan memperoleh gred purata sekolah ialah 1.81, apabila seramai 40
pelajar mendapat semua A dalam mata pelajaran yang diambil. Lima mata pelajaran
mencapai lonjakan cemerlang termasuklah Sejarah (0.59), Fizik (2.55), Matematik
Tambahan (2.51), Lukisan Kejuruteraan (2.25) dan Prinsip Akaun (0.50).
Pada tahun 2010, SM Sains Tuanku Jaafar telah terpilih dalam senarai Sekolah Bestari
Lima Bintang atas usaha seluruh warga sekolah membudayakan ICT dalam semua urusan
pentadbiran serta pendekatan pengajaran dan pembelajaran bilik darjah. Tahun 2010 juga
turut membawa berita gembira buat seluruh warga sekolah ababila SM Sains Tuanku Jaafar
telah mendapat pengiktirafan daripada pihak Jemaah Nazir & Jaminan Kualiti (JNJK) sebagai
penerima anugerah Tawaran Baru atau Baiah daripada pihak Kementerian Pelajaran
Malaysia. Tahun 2011 pula, SM Sains Tuanku Jaafar telahpun diiktirafkan sebagai Sekolah
Kluster Kecemerlangan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia dengan matapelajaran
Matematik (bidang akademik) dan s u k a n k r i k e t (bidang kokurikulum) sebagai
kebitaraan sekolah. Namun, menjelang F e r b u a r i 2012 pula sekali lagi SM sains
Tuanku Jaafar telahpun dinobatkan sebagai Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT) yang mana
ragbi dipilih sebagai Etos sekolah manakala ICT sebagai watak sekolah.
28
1.5.1 Falsafah Sekolah
Sekolah Menengah Sains Tuanku Jaafar adalah sebuah institusi pendidikan yang
berusaha memperkembang potensi dan keterampilan individu ke arah kecemerlangan
melalui usaha yang berterusan dalam suasana pengajaran dan pembelajaran yang
bersepadu demi melahirkan anggota masyarakat yang beriltizam dan sedia berbakti
kepada agama, bangsa dan negara.
1.5.2 Nilai Sekolah
1.5.2.1 Nilai-nilai murni yang akan diterapkan dan diamalkan oleh pelajar termasuklah :
Rajin
Berfikir
Berani
Berbakti
Berpegang teguh pada agama
Sentiasa mengejar kecemerlangan
Ikram
Berilmu
Berdisiplin
1.7.1 Objektif Am
Kami warga Sekolah Menengah Sains Tuanku Jaafar Kuala Pilah dengan penuh tanggungjawab
terhadap bangsa dan negara berjanji akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk
menjalankan tanggungjawab yang diamanahkan melalui:
28
Mewujudkan gaya kepemimpinan dan pengurusan yang berteraskan kepada Pengurusan Kualiti
Menyeluruh (TQM) dan Wawasan 2020 melalui:
Membina iklim pengurusan sekolah yang telus, bersih, cekap dan amanah.
Mengamalkan semangat kepemimpinan berteraskan keimanan, ketakwaan dan
musyawarah.
Bekerjasama dengan PIBG dan masyarakat luar bagi mewujudkan semangat tolong-
menolong bagi melahirkan budaya kerjasama.
Memastikan kemantapan organisasi melalui pengamalan sikap tegas,toleransi dan
bijaksana.
Mewujudkan suasana pengajaran dan pembelajaran yang kondusif dan berkualiti bagi melahirkan
pelajar-pelajar yang mendapat kelulusan 100% 10 1A dalam peperiksaan SPM. Dan 100% 8A/7A
dalam peperiksaan PMR. Matlamat ini mampu dicapai melalui:
28
Melahirkan warga yang penyayang, berbudi bahasa, sopan santun, hormat-menghormati, bersatu-
padu, memiliki nilai-nilai perkongsian bersama dan nilai-nilai murni yang luhur melalui:
28
1.10 Lagu Sekolah
28
1.10.1 Berikut ialah lagu Sekolah Menengah Sains Tuanku Jaafar:-
28
1.11.1 MAJLIS PENGURUSAN SEKOLAH
28
Ketua Panitia Pendidikan Seni Visual & Muzik
1.6.21 Puan Norazlinda binti Ismail
Ketua Panitia Bahasa Antarabangsa
1.6.22 Puan Sabihatulazila binti Hamzah
Ketua Panitia Geografi
1.6.23 Puan Kam Siow Lin
Ketua Panitia Moral
1.6.24 Puan Siti Mariam binti Darmin
Setiausaha Peperiksaan
1.6.25 Encik Razali bin Ahmad
Setiausaha Jadual Waktu
1.6.26 Cik Nur Farahiyah Airina binti Mud Shukri
Guru Media / PSS
1.6.27 Encik Kamarulzamri bin Bakar
Guru Penyelaras Bestari dan ICT
1.6.28 Guru-guru Bimbingan & Kaunseling
1.9 Penyelaras Sukan & Permainan : Encik Nuruddin Bin Abd Aziz
28
yang berkeluasan lebih 23 ekar ini terletak dalam kawasan Kampung Gentam mempunyai
kelebihan dan keistimewaannya tersendiri iaitu mempunyai pemandangan yang indah dan
suasana yang tenang.
KUALA PILAH
28
1.13 Kemudahan Sekolah
1.13.1 Kemudahan Fizikal Sekolah
Antara kemudahan fizikal yang terdapat di Sekolah Menengah Sains Tuanku Jaafar ialah
seperti berikut:-
28
24. Trek Balapan 1
25. Padang Hoki 1
26. Padang Kriket 1
27. Gelanggang Bola Baling 1
28. Gelanggang Tenis 2
29. Gelanggang Sepak Takraw 1
30. Gelanggang Bola Jaring 1
31. Gelanggang Bola Keranjang 2
32. Gelanggang Bola Tampar 1
33. Meja Snooker 2
34. Bilik Persalinan PJK/Sukan 2
35. Bilik Seni dan Muzik 1
36. Bilik Wind Orkestra 1
37. Bilik Data & Maklumat 1
38. Bilik Badan Kepimpinan Pelajar 1
39. Bilik Galeri Sejarah 1
40. Padang Kawad Kaki 2
41. Pusat Kecemerlangan Sukan 1
42. Pusat Kecemerlangan Kokurikulum 1
Persatuan Ibu Bapa Dan Guru SM Sains Tuanku Jaafar telah ditubuhkan
pada tahun 1976 di bawah Akta Pendidikan Tahun 1966 Peraturan-Peraturan
Pendidikan (Persatuan Ibu Bapa Guru) 1988 dengan Perakuan Pendaftaran, sub
peraturan 7 (3). Dalam meniti usia yang menghampiri 40 tahun, sekolah ini
telahpun melalui laluan pengalaman yang panjang dan berjaya mengharungi setiap
cabaran getir. PIBG SM Sains Tuanku Jaafar telah memainkan peranannya
dalam menyokong dan memastikan kecemerlangan sekolah tercapai. Antara
tujuan utama penubuhannya adalah :
Untuk mengadakan sesuatu forum dan pekhidmatan bagi kebajikan dan kemajuan
murid- murid dalam sekolah dalam meningkatkan imej sekolah
Untuk membantu dan menambah usaha sekolah dalam memenuhi
kehendak dan keperluan kebendaan murid-murid dalam kegiatan mereka
Untuk membolehkan ibu bapa dan guru dalam sekolah bertukar-tukar
fikiran dan maklumat mengenai pendidikan
28
Untuk memberi peluang kepada ibu bapa dan guru dalam sekolah ini berunding
antara satu sama lain berkenaan dengan cara membaiki taraf pendidikan anak-anak
mereka pada amnya dan;
Untuk membolehkan ibu bapa dan guru dalam sekolah unutk berusaha
menambah kewangan sekolah dan meningkatkan kemudahan fizikal bagi
tujuan meningkatkan kemudahan pengajaran dan pembelajaran
Membantu dalam memajukan perkembangan murid dan menjaga kebajikan murid
Meningatkan kemesraan dan menyediakan saluran komunikasi dan hubungan
antara sekolah dengan masyarakat setempat
Sepanjang tahun 2012 dan awal tahun 2013, PIBG telah bergiat secara aktif dalam
menggerakkan pelbagai strategi dan melaksanakan aktiviti dan program
bersama-sama dengan pihak sekolah dalam usaha membantu meningkat
kemenjadian pelajar terutamanya dalam bidang akademik, kokurikulum dan
kebajikan mereka demi meningkatkan imej sekolah. Sumbangan dan sokongan
diberikan oleh PIBG dalam bentuk motivasi, kepakaran, kewangan dan sebagainya.
Berikut adalah program dan aktiviti yang telah dilaksanakan :
Program-program kecemerlangan akademik dan kokurikulum pelajar
Program-program motivasi pelajar
Program motivasi guru dan ibu bapa
Program Anak Angkat (mentor-mentee)
28
1.14.1.2 Berikut adalah Jawatankuasa PIBG SM Sains Tuanku Jaafar
28
pengurusan SMSTJ telahpun mencadangkan kepada pihak Kementerian Pelajaran Malaysia
supaya bilangan pelajar Tingkatan Empat dan Lima di selaraskan kepada enam kelas seperti
jadual berikut:-
Lain- Orang
Bangsa Melayu China India Lain Asli Jumlah Jumlah
Tingkatan L P L P L P L P L P L P Besar
1 Al-Zahrawi 16 10 16 10 27
1 Al-Khawarizmi 15 14 15 14 29
1 Al-Farghani 11 6 2 1 1 3 1 14 11 26
1 Al-Farabi 12 14 12 14 27
1 Al-Batani 10 19 10 19 30
Jumlah 64 63 2 1 1 3 0 0 0 1 70 69 139
2 Al-Zahrawi 16 13 16 13 29
2 Al-Khawarizmi 16 13 16 13 29
2 Al-Farghani 14 11 2 1 2 1 16 15 31
2 Al-Farabi 16 11 16 11 27
2 Al-Batani 8 21 8 21 29
Jumlah 70 69 0 2 1 2 0 0 1 0 72 73 145
3 Al-Zahrawi 13 17 13 17 30
3 Al-Khawarizmi 14 12 2 16 12 28
3 Al-Farghani 11 16 1 1 12 17 29
3 Al-Farabi 11 17 11 17 28
3 Al-Batani 16 14 16 14 30
65 76 0 0 3 1 0 0 0 0 68 77 145
Jumlah
TEKNIKAL
4 Al-Zahrawi 14 12 14 12 26
4 Al-Khawarizmi 15 10 15 10 25
Jumlah 29 22 0 0 0 0 0 0 0 0 29 22 51
28
SAINS
4 Al- Kindi 14 15 14 15 29
4 Al-Farghani 15 15 15 15 30
4 Al-Farabi 14 14 2 1 16 15 31
4 Al-Batani 14 16 14 16 30
Jumlah 57 60 0 0 2 1 0 0 0 0 59 61 120
Jumlah 86 82 0 0 2 1 0 0 0 0 88 83 171
TEKNIKAL
5 Al-Zahrawi 25 3 25 3 28
Jumlah 25 3 0 0 0 0 0 0 0 0 25 3 28
SAINS
5 Al- Kindi 12 10 1 2 12 13 25
5 Al- Khawarizmi 12 11 12 11 23
5 Al-Farghani 6 11 6 11 17
5 Al-Farabi 16 6 1 1 17 7 24
5 Al-Batani 11 13 11 13 24
Jumlah 57 51 0 1 1 1 0 0 0 2 58 55 113
Jumlah 82 54 0 1 1 1 0 0 0 2 83 58 141
Jumlah Besar 367 344 2 4 8 8 0 0 1 3 381 360 741
28
1.15.2.2 Bilangan Guru Cemerlang Mengikut Mata pelajaran
1.15.2.3 Bilangan Anggota Kakitangan Sokongan mengikut jawatan an gred adalah seperti
berikut:-
1. Pembantu Tadbir N 26 1
2 Penyelia Asrama N 22 2
3. Pembantu Tadbir N 17 5
4. Pembantu Am Pejabat N4 17
5 Pembantu Makmal C22 1
6. Pembantu Makmal C17 4
7 Tukang Kayu R11 1
8 Pembantu Teknik J 22 1
28
9 Juruteknik Komputer FT 17 1
10 Pemandu R3 2
11 Pemandu R6 1
12 Pekerja rendah Awam R4 2
Jumlah 38
PMR PERCUBAAN
NAMA MATA PELAJARAN
2009 2010 2011 2012 2009 2010 2011 2012
BAHASA MELAYU 1.03 1.03 1.06 1.01 1.35 1.69 1.63 1.99
BAHASA INGGERIS 1.22 1.27 1.29 1.46 1.92 2.35 2.13 2.17
MATEMATIK 1.03 1.01 1.01 1.01 2.67 1.22 1.30 1.86
SAINS 1.04 1.13 1.02 1.11 2.65 2.15 1.88 2.33
PENDIDIKAN ISLAM 1.03 1.01 1.04 1.04 1.41 1.22 1.13 1.10
SEJARAH 1.05 1.05 1.07 1.06 2.36 2.80 1.88 2.27
GEOGRAFI 1.01 1.03 1.01 1.08 1.47 1.53 1.18 1.43
KEMAHIRAN HIDUP ERT
(Pilihan 2) 1.00 1.00 1.00 1.02 1.18 1.00 1.42 1.53
KEMAHIRAN HIDUP KMT (Pilihan 1) 1.00 1.03 1.00 1.00 1.47 1.08 1.90 1.24
PPT TRIAL
BIDANG ITEM STANDARD 2010 2011
% 9A dan ke
% 20.33 11.45 2.79 5.59
atas
sekurang-
kurangnya Bilangan
9A Murid 9A ke 25/123 15/131 5 10
SPM atas
% 9A+ dan
% 0.81 0.76 0 0
ke atas
sekurang-
kurangnya Bilangan
9A+ Murid 9A+ ke 1/123 1/131 0 0
atas
28
1.15.4 Pencapaian Cemerlang Dalam Kokurikulum Dan KejayaanSekolah
BIDANG KOKURIKULUM
BIL AKTIVITI PENGLIBATAN PENCAPAIAN
1 Pertandingan Pidato Piala Di Raja Daerah Naib Johan
2 Perarakan Hari Memperingati Pandu Puteri Kebangsaan 44 Org -
Sedunia Penyertaan
3 Pidato 1 Malaysia Daerah Penyertaan
4 Fully Residential School International Antarabangsa 2 Perak
Symposium
5 Karnival Bahasa Cina Daerah Ketiga
6 Pertandingan Forum Remaja Daerah Johan
7 Pertandingan Kawat Kaki Kadet Polis Daerah Johan
8 International Engineering Invention & Antarabangsa 2 Perak 2 Gangsa
Innovation and Malaysian International Young
Olympiad
9 Pertandingan Kawat Kaki Kadet Polis Negeri Penyertaan
10 F1 In School Challenge Negeri Ketiga
11 Pertandingan Forum Remaja Negeri Penyertaan
12 Pertandingan Solar Boat (KASTEK) Negeri Penyertaan
13 F1 In School Challenge Zon Selatan Negeri Penyertaan
14 Perkhemahan Perdana Kadet Remaja Sekolah Kebangsaan Penyertaan
15 Pertandingan Kuiz Sejarah Negeri Johan
BIDANG KOKURIKULUM
31
BIDANG SUKAN DAN PERMAINAN
32
1.15.5 Program Jalinan dan Jaringan Sekolah Peringkat Antarabangsa
33
BAB 2 : MENJALANKAN KAJIAN KEPERLUAN DAN PERANCANGAN STRATEGIK
2.1 Pengenalan
Kementerian Pelajaran Malaysia telah menjadikan mata pelajaran Sejarah sebagai mata pelajaran
teras di sekolah. Keputusan Kementerian Pelajaran untuk menjadikan mata pelajaran Sejarah
sebagai syarat wajib lulus peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di samping mata
pelajaran Bahasa Melayu menjelang tahun 2013 merupakan satu tindakan mengejutkan banyak
pihak khasnya para guru. Walau bagaimanapun, keputusan ini merupakan satu keputusan yang
tepat dan kena pada masanya. Keputusan kerajaan ini adalah bersandarkan kepentingan mata
pelajaran Sejarah untuk membina modal insan yang patriotik serta mempunyai sifat toleransi yang
tinggi dalam menghadapi dunia yang mencabar kini. Namun, perkara yang menjadi kerisauan
para guru khasnya guru Sejarah di SM Sains Tuanku Jaafar ini ialah kualiti pencapaian dalam
mata pelajaran Sejarah yang masih kurang memberansangkan sebagai mata pelajaran teras.
Pencapaian komponen kertas 2 Sejarah dalam SPM 2012 sebagai contoh memberi tamparan hebat
kepada guru-guru Sejarah bahawa pelajar perlu disediakan dengan tahap kemahiran berfikir yang
tinggi sebagai persediaan untuk menjawab soalan Kemahiran Berfikir Kritis dan Kreatif (KBKK).
Situasi ini menjadi lebih serius lagi pada tahun 2013 apabila kertas peperiksaan bagi mata
pelajaran Sejarah ini telah bertambah kepada tiga kertas (Kod 1249/3). Guru-guru perlu
menyediakan pelajar-pelajar dengan kemahiran berfikir secara holistik dan matang untk
dipersembahkan dalam lapan pecahan khusus dalam kertas tiga. Pelajar perlu didedahkan dengan
dimensi pengetahuan semasa yang lebih bersifat menyeluruh meliputi perkembangan bidang
politik, ekonomi dan sosial di negara ini. Hal ini semakin mendesak guru-guru apabila jumlah
waktu mengajar mata pelajaran Sejarah peringkat menengah atas masih kekal tiga waktu
seminggu sedangkan beban tugas dan pemberatan kertas telah bertambah.
Apa sekalipun alasannya, permasalahan ini perlu dileraikan dengan mencari jalan keluar secara
bijaksana yang memerlukan sokongan dan komitmen guru-guru termasuklah sokongan daripada
pihak pengurusan sekolah. Peratusan pencapaian A+ murid dalam mata pelajaran ini perlu
ditingkatkan agar mencapai visi dan misi panitia serta meningkatkan GPS sekolah secara
keseluruhannya. Usaha meningkatkan pencapaian dari segi kualiti juga perlu dijalankan
memandangkan mata pelajaran ini diperlukan sebagai prasyarat memasuki Institusi Pengajian
34
Tinggi selain mata pelajaran teras yang lain. Untuk mengkaji faktor-faktor yang ada
hubungkaitnya dengan pencapaian murid dalam mata pelajaran Sejarah ini, analisis keperluan
dijalankan bagi menentukan bentuk intervensi dan rawatan yang bertepatan dengan keperluan
pelajar melalui beberapa kaedah seperti yang berikut :
i. Menganalisis data-data peperiksaan dan headcount. (Lampiran )
ii. Pemerhatian umum terhadap P&P mata pelajaran Sejarah di kelas.
iii.Soal selidik ke atas murid. (Lampiran )
iv. Soal selidik ke atas guru mata pelajaran (Lampiran )
vii. Dokumen post-mortem ujian berkaitan punca-punca kelemahan prestasi mata pelajaran
Sejarah (Lampiran )
2.2. Pencapaian Mata Pelajaran Sejarah
Hasil analisis keputusan peperiksan SPM mata pelajaran Sejarah dalam tempoh lapan tahun iaitu
bermula pada tahun 2004 hingga 2012, pencapaian Gred Purata Mata Pelajaran Sejarah dalam
peperiksaan SPM di sekolah ini semakin menunjukkan peningkatan. Tahun 2011 merupakan tahun
pencapaian terbaik mata pelajaran Sejarah dengan GPMP 0.59 dan menurun pula kepada 0.78 pada
tahun 2012. Hal ini demikian kerana berlaku perubahan dari segi format pemarkahan yang
m e n ye b a b k a n p e l a j a r k e l i r u u n t u k m e n j a w a b m e n g i k u t k e h e n d a k p e r a t u r a n
pemarkahan.
ANALISIS PERBANDINGAN PENCAPAIAN SEJARAH DARI TAHUN 2004 HINGGA 2012
A+ A B+ B C+ C D E G BIL
A % GRED
THN CAL
(2A) LULUS PURATA
(1A) (3B) (4B) (5C) (6C) (7D) (8E) (9G) ON
35
Situasi ini lebih mencemaskan apabila analisis dibuat terhadap pencapaian pelajar Tingkatan 5
dalam peperiksaan Akhir Tahun (Tingkatan 4) yang menjadi TOV prestasi calon SPM 2013
iaitu pada angka 1.80.
BIL.
% GRED
MURID A+ A A- B+ B C+ C D E G LULUS PURATA
TAHUN
BIL % BIL % BIL % BIL % BIL % BIL % BIL % BIL % BIL % BIL %
SPM 2011 147 79 53.74 54 36.73 11 7.48 2 1.36 1 0.68 100 0.5918
SPM 2012 179 83 46.36 63 35.19 26 14.52 3 1.67 4 2.23 100 0.7821
30.3
TOV 2012 142 8 5.63 43 8 71 50 14 9.86 5 3.52 1 0.7 100 1.80
Berdasarkan laporan post mortem dalam TOV , Ujian 1 dan PPT dapat dirumuskan bahawa
antara faktor penyebab prestasi murid kurang menyerlah dalam mata pelajaran Sejarah adalah
seperti masih ramai pelajar tidak mempunyai buku teks Tingkatan 4 semasa berada di Tingkatan
5. Keadaan ini amat sukar untuk pelajar untuk membuat ulangkaji (Kertas objektif) terutama bagi
pelajar yang bersikap sambil lewa dalam penyediaan dan penyimpanan nota. Selain itu, skop
pembelajaran mata pelajaran Sejarah yang begitu luas iaitu pelajar terpaksa menguasai 19 bab
(Buku Teks Tingkatan 4 dan 5) untuk menjawab Kertas 1 dan Kertas 2 Sejarah. Pelajar juga gagal
mengingat fakta terutama untuk menjawab soalan Kertas 2. Pelajar juga tidak memahami laras
bahasa sejarah termasuk istilah, konsep, atau glosari penting dalam mata pelajaran Sejarah. Pelajar
juga didapati kurang mahir dalam menjawab soalan yang berbentuk kemahiran berfikir atau
KBKK. Bagi calon yang lemah, soalan KBBKK tidak cuba dijawab. Seterusnya, segelintir
pelajar bukan Islam didapati sukar menguasai bab 4, 5 dan 6 iaitu bab berkaitan Tamadun Islam
kerana kelainan sosio budaya dan istilah dalam bahasa Arab yang sukar difahami.
Perbezaan masalah juga bergantung kepada jenis soalan. Contohnya dalam kertas 1 Sejarah yang
terdiri daripada soalan objektif didapati kebanyakan pelajar gagal memberi jawapan yang tepat.
Manakala dalam kertas 2 pula didapati pelajar gagal menjawab soalan berkaitan fakta dan soalan
KBKK dengan baik. Jawapan calon amat terhad dan kebanyakannya gagal memberi jawapan yang
36
lengkap kerana kekurangan fakta serta huraian. Calon juga gagal menjawab dengan baik soalan
kertas 2 bahagian B (soalan esei) terutama soalan yang berbentuk kemahiran berfikir yang
memerlukan pelajar menguasai pemikiran aras tinggi (HOTS). Pelajar juga perlu mengukuhkan
pemahanman dan pengetahuan semasa mereka untuk memudahkan mereka menjawab soalan
penulisan (kertas 3). Jawapan calon juga didapati kurang matang, tidak dapat mengolah dengan
contoh yang konkrit terutama bagi menjawab soalan kertas 3.
Semakan semula terhadap program peningkatan kecemerlangan sekolah juga dilakukan untuk
melihat sama ada perancangan yang dibuat memenuhi keperluan, status pencapaian semasa dan
mencapai matlamat yang dikehendaki. Dapatan menunjukkan beberapa program telah
dilaksanakan sepanjang tahun. Antara program yang ialah Kelas Kecemerlangan, Latih tubi
Q3000 (bank soalan) menjawab Soalan Peperiksaan SPM, Eksplorasi Sejarah, Motivasi
Kecemerlangan, Program Sejam Panitia, Post Mortem Kelas pecutan dan pelbagai program panitia
berdasarkan keperluan masing-masing. Namun, masih terdapat lagi pelajar yang gagal
menunjukkan prestasi yang cemerlang (A+) terutamanya dalam mata pelajaran Sejarah. Oleh itu,
satu startegi yang lebih sesuai perlu dilaksanakan bagi mengatasi masalah yang dihadapai dalam
mata pelajaran Sejarah.
Hasil soal selidik yang dibuat terhadap guru sejarah didapati semua guru sejarah tidak berpuas hati
terhadap pencapaian murid dalam mata pelajaran Sejarah, 100 peratus guru bersetuju bahawa
faktor pembelajaran murid memberi kesan terhadap pencapaian mereka, 75.0 peratus guru
bersetuju murid tidak memberi tumpuan kepada mata pelajaran Sejarah kerana tidak jelas
kepentingannya, 75.0 peratus guru bersetuju murid tidak memberi tumpuan kepada mata pelajaran
Sejarah kerana kurang minat. 100 peratus guru bersetuju murid tidak memberi tumpuan kepada
mata pelajaran Sejarah kerana tidak tahu teknik belajar yang berkesan. 100 peratus guru bersetuju
bahawa suatu program pembelajaran berkesan diperlukan khusus untuk mata pelajaran Sejarah.
75.0 peratus guru bersetuju bahawa suatu program Bengkel Teknik Menjawab Berkesan
diperlukan khusus untuk mata pelajaran Sejarah. Jadual 8 menunjukkan keputusan analisis soal
selidik terhadap empat orang guru mata pelajaran Sejarah.
37
No Item soalan % Ya % Tidak
1. Adakah anda berpuas hati tentang pencapaian 0.0 100
murid dalam mata pelajaran Sejarah ?
38
Manakala berdasarkan soal selidik kepada murid pula mendapati 7.50 peratus pelajar berpuas
hati dengan pencapaian mereka dalam mata pelajaran Sejarah, manakala 92.50 peratus tidak
berpuas hati . Semua pelajar bersetuju faktor pembelajaran memberi kesan kepada pencapaian
mereka.
55.0 peratus bersetuju bahawa faktor pengajaran guru memberi kesan terhadap pencapaian mereka
dalam mata pelajaran Sejarah. Selain itu, 62.50 peratus pelajar bersetuju tidak memberi tumpuan
kepada mata pelajaran Sejarah kerana tidak jelas kepentingannya. Manakala 75.0 peratus pelajar
bersetuju tidak memberi tumpuan kepada mata pelajaran Sejarah kerana kurang berminat.
Analisis juga menunjukkan 95.0 peratus pelajar bersetuju bahawa tidak memberi tumpuan
kepada mata pelajaran Sejarah kerana tiada teknik belajar yang berkesan bagi mata pelajaran
tersebut. 52.5 peratus bersetuju bahawa kurangnya membuat latihan sendirian memberi kesan
kepada pencapaian dalam mata pelajaran Sejarah. Hanya 25.0 peratus pelajar bersetuju yang
kecuaian mereka dalam peperiksaan kerana kurang bimbingan daripada guru. Semua pelajar
bersetuju bahawa mereka memerlukan teknik belajar berkesan bagi mata pelajaran Sejarah. Soal
selidik juga mendapati bahawa hanya 5.0 peratus yang tidak bersetuju dengan Program Teknik
Menjawab mata pelajaran Sejarah sebelum peperiksaan SPM. Sebahagian besar bersetuju dengan
program tersebut sebelum menduduki peperiksaan SPM. Jadual 9 menunjukkan keputusan
analisis soal selidik terhadap empat puluh orang pelajar Tingkatan 5 kelompok cemerlang.
39
7. Adakah anda bersetuju bahawa faktor kurang 52.5 47.5
membuat latihan sendiri memberi kesan kepada
pencapaian anda dalam mata pelajaran Sejarah?
8. Adakah anda bersetuju bahawa kecuaian anda 25.0 75.0
dalam peperiksaan kerana kurang bimbingan
daripada guru?
9. Adakah anda bersetuju bahawa suatu program 100 0.0
teknik belajar berkesan diperlukan bagi mata
pelajaran Sejarah?
10. Adakah anda bersetuju bahawa satu Program 95.0 5.0
Terknik Menjawab Sejarah yang berkesan
diperlukan sebelum anda menduduki
peperiksaan SPM ?
JADUAL 9: Keputusan analisis soal selidik pelajar untuk mata pelajaran Sejarah
Berdasarkan dapatan analisis peperiksaan, laporan post mortem dan soal selidik yang dijalankan
didapati mata pelajaran Sejarah memerlukan satu program yang berkesan serta boleh
membantu guru dan pelajar dalam mata pelajaran Sejarah. Hasil soal selidik didapati kedua-dua
kelompok iaitu guru dan murid bersetuju seratus peratus bahawa program pembelajaran berkesan
bagi mata pelajaran Sejarah perlu dilaksanakan. Dalam laporan post mortem juga ada
menyatakan bahawa calon-calon tidak memiliki nota minda atau nota bergrafik untuk
memudahkan teknik mengingat fakta Sejarah. Keadaan ini membuktikan bahawa pelajar kurang
menguasai kemahiran belajar yang berkesan seperti kemahiran mengingat. Oleh itu, program
pembelajaran berkesan amatlah diperlukan seperti Kaedah Pembelajaran Inkuiri bagi mata
pelajaran Sejarah.
Kumpulan sasaran yang akan menjalankan program intervensi ini ialah melibatkan kesemua 141
orang pelajar Tingkatan Lima SM sains Tuanku Jaafar daripada enam kelas. Program Pembelajaran
Inkuiri ini dirancang khusus sejak dua bulan yang lalu dengan bimbingan guru sebagai fasilitator
dan rakan-rakan pelajar sebagai Guru Muda Sejarah.
40
Kesimpulannya, dapatan daripada analisis keperluan seperti yang dirumuskan di atas jelas
menunjukkan terdapat permasalahan dalam pencapaian mata pelajaran Sejarah bagi calon SPM
2012 di sekolah ini khasnya berkaitan kaedah pembelajaran sejarah.. Oleh yang demikian, maka
bengkel pembelajaran Inkuiri Sejarah dicadangkan untuk dilaksanakan di SM Sains Tuanku
Jaafar bagi membantu unit kurikulum sekolah khasnya panitia sejarah mengatasi masalah
yang dihadapi. Kajian keperluan juga secara tidak langsung akan dapat melihat sejauh manakah
keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran guru-guru di dalam bilik darjah terhadap
pelajar-pelajar. Sejauh manakah strategi pedagogi diaplikasikan, kaedah dan teknik pengajaran
yang menarik dan kemahiran generik yang diterapkan dapat menarik minat pelajar belajar dan
membuat latihan. Proses pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah adalah suatu suasana
yang berbeza persekitarannya jika dibandingkan proses pembelajaran dalam bentuk program
akademik. Hal ini bersesuaian dengan misi Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM)
yang dilancarkan oleh YAB Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Mohd Yasin
demi membina Modal Insan Kelas Pertama ke arah pencapaian matlamat Wawasan 2020 (Abas dan
Abdullah, 2007) yang mahukan pelajar abad 21 memiliki kemahiran pemikiran aras tinggi selari
dengan ledakan teknologi maklumat dan ICT.
Menurut Norazman (2005), meningkatkan pencapaian merujuk kepada pencapaian yang diperoleh
oleh seseorang di dalam peperiksaan atau ujian tertentu lebih baik daripada ujian sebelumnya.
Apabila markah yang diperoleh semakin tinggi, ini bermaksud semakin baik tahap
pencapaian cemerlang seseorang. Badrusham (1999) berpendapat meningkatkan pencapaian
bermaksud skor atau gred yang diperoleh murid dalam sesuatu ujian yang telah diambil atau
peperiksaan yang telah dilalui. Manakala Hayati (2008), meningkatkan pencapaian membawa
maksud prestasi dan tingkat kecekapan yang diperoleh oleh murid dalam peperiksaan
dengan berdasarkan skala pengukuran gagal, lemah, sederhana, baik dan cemerlang.
Keberkesanan guru ketika proses pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah sangat
memberi kesan dan impak besar kepada kemenjadian murid atau outcomes. Sejauh manakah
keberkesanan ini dapat dilihat daripada perubahan tingkah laku dan minda pelajar setelah melalui
proses p&p ini. Menurut Mok (1992), pengajaran merupakan aktiviti atau proses yang berkaitan
dengan penyebaran ilmu pengetahuan atau kemahiran tertentu manakala pembelajaran merupakan
suatu perubahan tingkah laku manusia yang agak kekal dan stabil serta dihasilkan melalui
pengalaman atau latihan. Perubahan tingkah laku seseorang pelajar dapat dilihat dari segi
kefahaman dan kemahiran yang mereka perolehi semasa sesi pengajaran berlaku atau pun semasa
41
membuat latihan yang diberikan oleh guru. Selain itu, pengajaran berkesan juga ditakrifkan
sebagai pengajaran yang dapat meningkatkan pembelajaran dalam diri pelajar (Hunter, 1995 dalam
Esah, 2003). Walau bagaimanapun, tidak semua proses p&p yang berlaku sama ada di dalam atau
di luar bilik darjah berkesan. Ketidakberkesanan ini akan meninggalkan kesan negatif kepada
tingkah laku pelajar dalam menerima pelajaran dan pencapaian akademik pelajar yang sepatutnya
mampu meningkatkan potensi pelajar.Mishah (et. al 2007), menyatakan hasrat pembelajaran
cemerlang seringkali tidak tercapai sepenuhnya kerana wujud masalah dan kekangan dan
antaranya termasuklah:
Melalui program sokongan akademik yang dirancangkan ini, guru-guru digalakkan terus
mengaplikasikan strategi pedagogi, kaedah dan teknik dalam sesi pembelajaran yang dilaksanakan.
Melalui Blue Ocean Strategi (BOS), bukan sahaja kita dapat menghapuskan dan mengurangkan
kelemahan faktor-faktor ketidakberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik
darjah oleh guru-guru malahan kita dapat meningkatkan dan membuat amalan baru dalam proses
p&p ini. Justeru saya penuh yakin dan percaya bahawa Bengkel Eksplorasi Sejarah
mampu menyediakan pelajar dengan kemahiran berfikir aras tinggi secara kritis dan
kreatif (HOTS).
42
2.6 Analisis Persekitaran Analisis SWOC dan COWS Matriks
PELUANG CABARAN
(O) (C )
43
KEKUATAN (S) KELEMAHAN (W)
Faktor Dalaman S1.Semua pelajar yang mendaftar di W1. Segelintir pelajar kurang
SMSTJ cemerlang dalam akademik Bermotivasi sering menangguhkah
(UPSR 5A / 4A dan PMR 7A/8A), tugasan Sejarah.
Kokurikulum, sahsiah dan kepimpinan. W2. Pencapaian subjek Sejarah yang kurang
S2.Pengiktirafan SMSTJ sebagai Sekolah memberangsangkan mempengaruhi
Bestari Lima Bintang, Sekolah Kluster TOV pelajar.
Kecemerlangan dan Sekolah Berprestasi W3. Segelintir pelajar baru (ambilan Tingkatan
Tinggi. Empat) belum dapat menyesuaikan diri
S3. Dua orang Guru Cemerlang dibantu dengan budaya belajar pantas di SBP.
oleh dua orang guru opsyen yang
berpengalaman. W4. Kecenderungan sebilangan pelajar yang
S4.LDP Panitia dipertingkatkan dengan suka belajar pada saat akhir.
aktiviti Kajian Tindakan dan in-house
Faktor Luaran Training.
PELUANG (O) S1 + O1 + S2 + O2 W3 + O1
Meningkatkan program sokongan Mengadakan lebih kerap program perkonsian
O1. Perkongsian Pintar guru-guru dan akademik melalui Jawatankuasa pintar antara SBP dan memperluaskan program
pelajar-pelajar antara SBP lain Kecemerlangan Akademik Sekolah Perfect Score
O2. Program networking dan linkages
yang diadakan S1 + O1 + S2 + O2
O3. Program-program akademik yang Memperkenal Strategik PdP berkesan W4 + O3 + S2
melibatkan guru-guru atau pelajar di dengan memperluaskan kemahiran Mengadakan sesi coaching and mentoring
peringkat PPD, JPN dan SBP pedagogi seperti pembelajaran masteri, bersama guru baru
O4. Sokongan PIBG dan ALUMNI kolaboratif, akses kendiri dll di dalam bilik
yang menyeluruh dengan darjah
program-program sekolah W4 + O3
S3 + O2 Menggalakkan guru membuat Kajian Tindakan,
Mengadakan program jalinan bersama perkongsian bacaan buku dan in-house
SBP zon selatan dan jaringan dengan training dalam LADAP
sekolah harian biasa.
44
CABARAN S3 + C1 C1 + O4
Pelajar dapat membina keyakinan diri Mengadakan program motivasi dengan
C1. Masalah disiplin segelintir pelajar melalui program kebitaraan Matematik dan sokongan kewangan daripada PIBG
yang suka melengahkan kerja tarian
perlu dibendung sepenuhnya C4 + O3
C2. Pencapaian Peperiksaan Akhir Tahun S2 + C3 Program In-House Traning diadakan dalam
2012 (TOV) kurang memuaskan Headcount dan Program sokongan HPG
C4. Kesediaan pelajar mengulangkaji sejarah akademik diteruskan seperti Bengkel
secara berfokus masih belum Hikmah, fajar sidiq, Sejam Bersama C3 + O1
memuaskan Panitia, Teknik Menjawab Soalan dll Memperluaskan program pertukaran pelajar
C5 Sikap sebilangan pelajar menganggap antara SBP dan Program Perfect Score SBP
sejarah sebagai subjek kelas kedua dan S4 + C4
mereka hanya belajar pada saat akhir Coching and Mentoring dilaksanakan bagi
membantu guru-guru yang baru (PBS dan
Penulisan Kertas 3 Sejarah SPM)
45
2.7 Penilaian Strategi Terbaik
Jumlah Skor 35 31 30
Keputusan 1 2 1
46
2.8 Senarai Strategi Mengikut Keutamaan
3. C3 + O1 Memperluaskan program pertukaran pelajar antara SBP dan Program Perfect Score Sejarah SBP
4. W4 + O3 Menggalakkan guru membuat Kajian Tindakan, perkongsian bacaan buku dan in-house
training dalam LADAP
47
2.9 Objektif, KPI, Sasaran Dan Strategi
BIL OBJEKTIF KPI SASARAN STRATEGI
TOV 2012 2013 2014
1. Meningkatkan kualiti Nilai Gred Purata Sekolah Memperluaskan
pencapaian SPM meningkat 0.58 0.78 0.55 0.5 program pertukaran
pelajar antara SBP
dan Program Perfect
Score Sejarah SBP
48
BAB 3 : PEMILIHAN PROGRAM YANG MEMENUHI KEPERLUAN
PENAMBAHBAIKAN SEKOLAH
3.1 Pengenalan
Mata pelajaran Sejarah pada umumnya bersifat intelektual yang memerlukan aplikasi proses
kemahiran berfikir murid. Oleh itu, pengajaran Sejarah tidak akan bermakna jika guru Sejarah
kurang menitikberatkan perkembangan elemen pemikiran dalam kalangan murid. Pendekatan
pengajaran yang lebih interaktif seperti kaedah kumpulan dan perbincangan serta pendekatan
pengajaran yang lebih berpusatkan murid seperti inkuiri dan penemuan (discovery) masih terlalu
kurang laksanakan oleh guru-guru Sejarah. Walaupun guru-guru mengakui bahawa kaedah
inkuiri-penemuan yang telah diperkenalkan semenjak awal tahun 80-an itu mampu menjana
pemikiran kritis dan kreatif murid, namun sikap sebilangan guru yang memandang ringan
perkara ini telah menyebabkan kaedah pengajaran tersebut kian diabaikan. Menurut Anuar
(2000), terdapat enam elemen pemikiran utama yang ingin dibangunkan dalam pendidikan
Sejarah iaitu:
i pemikiran kronologi
ii pemikiran sebab akibat
iii pemikiran empati
iv pemikiran mentafsir
v kemahiran mengurus sumber
vi kemahiran melihat perubahan dan kesinambungan
Elemen pemikiran sejarah di atas secara praktisnya tidak dilaksanakan di dalam kelas. Hal ini
disebabkan guru sendiri kurang memahaminya akibat kurang mendapat pendedahan dan
maklumat berhubung kemahiran tersebut. Untuk mengatasi masalah ini, Pusat Perkembangan
Kurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia telah membuat semakan terhadap Kurikulum
Sejarah bermula pada tahun 2002.Huraian Sukatan Pelajaran Sejarah yang baru itu mengandungi
dua komponen penting iaitu Organisasi Kurikulum Sejarah dan Struktur Disiplin Pendidikan
Sejarah yang telah digubal oleh Kementerian Pendidikan Malaysia seperti Rajah 1 berikut :
49
N
A
U U
Malays akyat
N N K
D A S
Ke
A G U
E
san
ia
N
iR
R
S
ra
U
E
baga
E
S
ga
Se
D
S
eja
P
Ne
ja
N
E
ra
A
ga Se
rah
h
ia
A
K
T
M
et
D
al
tS
T
R
K
ay
U A
em
n
Bang
ga
sia aa
I O
Seja kit
an
pat
rah Ke
N
Neg at
an
T I S
Se
a g
ra L an
uar
Sem
Berdisiplin
M E
PELAJAR
Berusah
a dan
rah Produkt
Seja r
if
alam be
iri D m
Inku Su n
ira
h
lan
ejara
mik
Sejarah
pu
um
Pe
H
an S
ng
A
jara an
AR
Pe
ati
Se ahir
ham
Penjelasan
p
J
Em
h
E
S
a
Ke
Pem
N
A
IK
D
DI N ST
P EN A R UK
T UR D I S I P L I N U
D
P A
K E S E
Struktur Disiplin Pendidikan Sejarah adalah sebahagian daripada komponen yang terdapat dalam
Organisasi Kurikulum Sejarah yang merupakan satu kesepaduan berbentuk intra antara
kandungan (Ilmu), kemahiran (Kemahiran Pemikiran Sejarah) dan penerapan nilai (Unsur
Patriotisme) seperti di atas. Dalam Struktur Disiplin Pendidikan Sejarah pula, inkuiri dalam
Sejarah merupakan sebagai teras utama kepada struktur disiplin pendidikan sejarah yang lain
selain Pengumpulan Sumber, Kemahiran Pemikiran Sejarah, Penjelasan Sejarah dan Empati.
Setiap guru harus mampu mengembangkan kemahiran inkuiri Sejarah di kalangan murid untuk
membolehkan struktur disiplin yang lain dikuasai dalam pengajaran dan pembelajaran Sejarah
seperti yang terdapat dalam Rajah 2 di bawah:
Pengumpulan Sumber
Penjelasan Sejarah
Pemahaman Sejarah
Empati
50
Inkuiri dalam Sejarah diberikan keutamaan dalam struktur di atas kerana Sejarah
merupakan disiplin ilmu yang berkembang untuk mencari kebenaran tentang masa lalu. Oleh itu,
sejarawan, guru Sejarah dan murid adalah terdedah kepada persoalan (inquiry): Apa, Mengapa,
Di mana, Bagaimana, Bila dan Siapa, setiap kali mereka mempelajari ilmu sejarah. Dalam
pendidikan Sejarah, guru-guru akan membimbing murid untuk mengemukakan persoalan-
persoalan pada peringkat awal pengkajian sejarah. Melalui persoalan ini murid akan berusaha
mencari sumber, bukti atau maklumat yang dapat menjawab persoalan yang telah ditimbulkan
(Huraian Sukatan Pelajaran Sejarah, Kementerian Pendidikan Malaysia 2002).
Mata pelajaran Sejarah merupakan satu mata pelajaran yang begitu kompleks, abstrak dan
empirikal. Ia mengandungi data-data kualitatif dan perlu kepada persediaan tahap kognitif yang
tinggi. Oleh itu, pendekatan pengajaran tradisional yang menekankan kaedah hafalan dan
reproduksi gagal mengeksploitasi kemahiran berfikir individu lantas menjadikan pembelajaran
Sejarah statik dan membosankan (Abdul Rahim 1998).Pendidikan Sejarah seringkali berhadapan
dengan persoalan tentang bagaimana menghidupkan kembali peristiwa yang telah berlaku. Di
kalangan para pemikir sejarah terkenal seperti R.G.Collingwood (terjemahan Muhd Yusof
Ibrahim 1985) dan Carr (terjemahan Abdul Rahman Hj.Ismail 1998) persoalan menghidupkan
kembali fakta dan peristiwa sejarah sentiasa menjadi asas kepada perbincangan di dalam tulisan
mereka. Pada awal tahun 1970an, persoalan ini makin diberi perhatian selepas M.Price (1968)
menulis sebuah artikel bertajuk History in danger. Artikel ini dikatakan telah menjadi titik tolak
kepada perubahan paradigma tentang pendidikan Sejarah sehingga membawa kepada
pembentukan aliran New History di sekolah-sekolah seluruh dunia.
Struktur pemikiran utama yang perlu dibangunkan semasa pengajaran dan pembelajaran Sejarah
di atas, secara praktisnya tidak dilaksanakan di dalam kelas. Hal ini disebabkan guru sendiri
kurang memahaminya akibat kurang mendapat pendedahan dan maklumat berhubung kemahiran
tersebut. Walaupun maklumat dan kemahiran ini ada dinyatakan di dalam sukatan pelajaran dan
Huraian Sukatan Pelajaran Sejarah (2002), namun kemahiran ini gagal disampaikan kepada para
guru secara jelas dan praktikal. Di peringkat pelaksana, guru bukan sahaja perlu menguasai
kandungan ilmu tetapi lebih daripada itu dengan mengenal pasti kebolehan dan tahap-tahap
berfikir pelajar melalui instrumen pemikiran sejarah. Menurut Piaget (dalam Woolfolk, 1990)
pembangunan kognitif adalah berasaskan tindakan dan pemikiran kendiri pelajar dan bukan
bersandar kepada tindakan guru. Selagi murid belum dapat membentuk satu struktur asas
berfikir yang kukuh mereka tidak akan dapat memahami pengajaran guru. Jika guru terus
51
mengajar apa yang belum sedia untuk difahami oleh murid, mereka akan menjawab dengan
mengulang apa yang diperkatakan oleh guru tanpa melalui proses berfikir.
Abd. Rahim (1989) menyatakan bahawa paradigma pengajaran Sejarah perlu diubah. Murid
digalakkan mengkaji dan menyelidik bagi meluaskan pemikiran mereka dan menjadikan mereka
lebih kritis dan kreatif. Pendekatan pemikiran reflektif perlu ditekankan supaya pembelajaran
Sejarah dapat meluaskan horizon pemikiran dan domain kognitif murid. Aktiviti mental seperti
berhujah, mentafsir, membuktikan, mengolah, membuat analisis, merumus dan menilai perlu
dikembangkan dalam pendekatan pengajar dan belajar mata pelajaran Sejarah. Oleh itu, sebagai
satu mata pelajaran teras, Sejarah adalah gelanggang paling sesuai untuk melatih dan
mengembangkan kemahiran berfikir. Murid bukan sahaja dapat memahami fakta sejarah tetapi
berfikir tentang fakta-fakta tersebut, mengaitkan antara satu peristiwa dengan peristiwa yang
lain, mencari sebab-musabab, membuat ramalan dan pertimbangan, membuat interpretasi,
analisis dan imaginasi.
Pengajaran dan pembelajaran Sejarah dalam konteks kajian ini turut melihat sejauhmana
persediaan guru dari aspek pengetahuan ilmu sejarah, kemahiran pedagogi disamping penerapan
nilai-nilai patriotik di kalangan pelajar. Justeru itu adalah penting bagi seseorang guru mengesan
seawal mungkin serta memilih gaya pengajaran yang dapat meningkatkan kefahaman konsep
dan minat murid terhadap Sejarah. Keberkesanan pengajaran dan pembelajaran Sejarah banyak
bergantung kepada kesungguhan dan kesediaan guru Sejarah itu sendiri. Kesungguhan dan
kesediaan seseorang guru pula boleh dilihat berdasarkan penguasaan ilmu dan kemahiran dari
aspek kepelbagaian teknik dan kaedah pengajaran melalui aktiviti-aktiviti pembelajaran yang
melibatkan murid. Guru Sejarah haruslah menguasai ilmu-ilmu pedagogi baru seperti
pembelajaran koperatif (CL), Theory Of Constrains (TOC), Teori Kecerdasan Pelbagai (TKP)
dan lain-lain lagi yang digabungjalinkan dengan beberapa kaedah tradisional yang sesuai.
Menurut Furet (1983), oleh kerana Sejarah adalah satu ilmu yang boleh dibuat pelbagai
interpretasi dari semasa ke semasa, pemilihan kaedah pengajaran dan pembelajaran seharusnya
memberi penekanan kepada proses penyiasatan dan penemuan. Hari ini, guru tidak perlu lagi
menyediakan murid dengan segala fakta dan penjelasan sejarah, malahan dalam kerangka
52
pemikiran sejarah era new history kemahiran inkuiri dapat membina dan mengasah intelek
murid secara kritikal dan analitikal.
Salah satu cara membentuk kemahiran berfikir dalam Sejarah ialah melalui kaedah inkuiri
terhadap sesuatu bahan atau sumber (bukti) sejarah. Proses inkuiri-penemuan ini sangat penting
dalam pembelajaran Sejarah kerana amat sesuai dengan sifat ingin tahu dalam diri murid untuk
melakukan proses pencarian dan penemuan. Kebolehan intelektual seperti berhujah secara
logik, bernas dan di sokong oleh fakta-fakta sejarah dapat dibentuk melalui pendidikan Sejarah.
Pengajaran Sejarah yang berkesan melibatkan operasi mental yang aktif. Pemikiran bercorak
induktif dan deduktif menggalakkan daya taakulan yang dapat mengembangkan pemikiran
murid. Kaedah inkuiri juga memerlukan murid belajar melalui penyiasatan dan penemuan
melalui proses penyelidikan dan tidak menerima dan membuat sesuatu andaian atau hipotesis
melulu tanpu inkuiri. Sifat kaedah Sejarah yang amat berbeza daripada disiplin ilmu yang lain
memerlukan pendekatan pengajaran inkuiri. Pendekatan ini juga boleh mendedahkan murid-
murid kepada sifat dan bukti-bukti sejarah yang difahami dengan lebih berkesan
(Marwick,1989).
53
mengemukakan soalan-soalan tentang mengapa sesuatu perkara itu berlaku dan
memproses data secara logik dan memperkembangkan strategi intelektual yang
digunakan untuk mencari punca sesuatu perkara itu berlaku;
b). Memotivasikan murid menyelesaikan persoalan menerusi situasi persoalan yang
dikemukakan;
c). Menggunakan peluang ini untuk mengajar murid tentang prosedur dan disiplin
mencari sesuatu penyelesaian; Meningkatkan kesedaran tentang sesuatu proses
inkuiri. Murid boleh diajar secara terus dengan prosedur saintifik;
e). Memberitahu murid tentang sikap bahawa semua pengetahuan adalah tentatif
dimana teori-teori yang dihasilkan boleh digantikan dengan teori-teori yang baru;
dan
f). Menyedarkan murid tentang pentingnya pendapat orang lain dalam usaha
memperkaya pemikiran mereka. Perkembangan pengetahuan boleh dibantu oleh
rakan-rakan mereka sekiranya mereka bertolak ansur dalam memilih pelbagai
pandangan.
54
Pelbagai kaedah dan teknik ketika proses pengajaran dan pembelajaran dapat
mendorong suasana pembelajaran yang menarik dan secara tidak langsung
dapat membantu pelajar menguasai isi kandungan pelajaran. Suasana pembelajaran
seperti ini melibatkan usaha menguasai kemahiran dan pengetahuan di samping
membentuk sikap pelajar. Dalam melaksanakan pengajaran, guru pula akan sentiasa
mengintegrasikan dan menggabungjalinkan strategi pedagogi, kaedah, teknik dan
kemahiran kemahiran generik supaya dikuasai oleh pelajar. Bagi
mengendalikan pembelajaran berpusatkan pelajar dan berdaya fikir tinggi, guru
perlu menggunakan pendekatan dan strategi pengurusan pembelajaran yang sesuai.
Guru perlu menggunakan Teori Kecerdasan Pelbagai (Multiple
Inteligent) sewaktu mengendalikan sesi pembelajaran di dalam
k e l a s . P e l b a g a i k aedah dan teknik pengajaran be rpusa t ka n m uri d
seperti bercerita, perbincangan, latih tubi, main peranan, menyelesaikan
masalah, brain storming, perbahasan, kuiz, lakonan, projek, permainan kad
pintar sejarah dan lain-lain lagi mendorong semangat pelajar belajar dengan
seronok dan ini merangsang kesan pengajaran yang optimum sekali dan impak
berkualiti terhadap kemenjadian murid.
Eksplorasi Sejarah ini akan menjadi platform atau landasan menyediakan pelajar
dengan ilmu dan kemahiran sejarah secara bersktruktur dan terancang kerana pelajar
akan berbincang dalam kumpulan masing-masing melakukan proses inkuiri sejarah
dengan meneroka, menghurai, mencerakin dan memberi penjelasan sejarah terhadap
topik tertentu seperti mana yang telah ditetapkan. Huraian yang menyeluruh dan
matang akan dapat dicerna hasil cetusan idea koperatif ahli kumpulan. Kemahiran
inkuiri sejarah ini akan menjadi teras kepada proses penerokaan ilmu dan pemahaman
sejarah melalui strategi penyoalan berstruktur iaitu 5W 1H ; persoalan Siapa ?, Bila ?,
Dimana ?, Mengapa?, Dimana dan Bagaimana ? akan mendasari perbincangan dan
kupasan terperinci yang dijelmakan dalam bentuk peta minda yang menarik beserta
lakaran kreatif dan imaginatif pelajar. Beberapa istilah dan konsep sejarah yang sukar
difahami akan diperjelaskan melalui kaedah inkuiri dan penemuan melalui proses
eksplorasi atau penerokaan sejarah.
55
Justeru itu, setiap guru perlu bijak merancang dan melaksanakan sesi pengajaran dan
pembelajaran melalui kaedah inkuiri dengan menggalakkan pelajar meneroka
maklumat dan memberi penjelasan sejarah secara menyeluruh dan terancang supaya
mampu membina kerangka pemikiran kritis dan kreatif.
56
BAB 4 : PELAKSANAAN PROGRAM
4.1 Pengenalan
Berdasarkan Pelan Taktikal, program yang akan dilaksanakan diperincikan lagi melalui
Pelan Operasi. Dalam pelan operasi ini, langkah-langkah yang perlu dilaksanakan
dipermudahkan dengan mengikut urutan kerja yang akan dilaksanakan. Bermula dengan
perbincangan bersama pihak pentadbir bagi menentukan atau mengenalpasti projek program
sandaran sehinggalah kepada mengadakan mesyuarat letak kerja dan agihan tugas
jawatankuasa. Seterusnya, dalam pelan operasi juga ditentukan tentang tugas-tugas yang
melibatkan surat menyuarat, tempahan dan juga prosedur-prosedur pengurusan yang lain.
Pelan Operasi bagi melaksanakan program ini dapat dilihat pada Jadual di bawah.
57
ialah soalan peperiksaan Kertas 1 Sejarah (Format SPM) yang diberikan semasa Ujian Pra
dan Ujian Pos . Manakala untuk mengukur impak program kepada pengetahuan kemahiran
belajar pelajar pula, satu set soalan soal selidik berupa maklum balas pelajar diberikan
selepas kursus Eksplorasi Sejarah diberikan kepada pelajar. Instrumen-instrumen yang dipilih
ini diharap dapat membantu memberikan dapatan kajian yang tepat kepada program yang
dijalankan, Semua instrumen ini dapat dilihat dalam lampiran 1
LAPORAN BERGAMBAR EKSPLORASI SEJARAH 2013
SLOT 1
PROGRAM EKSPLORASI SEJARAH
SM SAINS TUANKU JAAFAR -22 JUN 3012
58
Para peserta menjalani sesi uji minda bagi mengesan tahap kemahiran
pemikiran sejarah(KPS)
60
4.5 Pelan Operasi
a. Penetapan tarikh
program
b. Perancangan kos dan
sumber
c.Pembentangan kertas
cadangan.
3 Surat makluman kepada S/U Program Seminggu Jika surat
guru dan pelajar yang sebelum tidak diterima
terlibat. program , tampal notis
Surat jemputan dijalankan di papan
penceramah. kenyataan
61
4 Menyediakan tempat dan Guru Cemerlang 1 Hari
persiapan dewan untuk Sekolah
Eksplorasi Sejarah (GC Sjarah)
a.Ujian Pra
b.Ceramah Inkuiri
sejarah kepada pelajar
c. Bengkel Eksplorasi
d. Ujian Post
Peserta NPQEL
62
PENGURUSAN NPQEL 1/2013
CARTA GANTT AKTIVITI PROGRAM SANDARAN
BIL AKTIVITI MINGGU PELAKSANAAN AKTIVITI
M1 M2 M3 M4 M5 M6 M7 M8
1 Menyediakan Buku Log
2 Melapor diri dan mengumpul maklumat ;
2. Latar belakang Sekolah
2.
1 Visi dan misi
2.
2 Objektif sekolah
2.
3 Falsafah dan nilai
2.
4 Piagam pelanggan
2.
5 Struktur organisasi
2.
6 Lokasi sekolah berserta lakaran
2.
7 Kemudahan yang disediakan
2.
8 PIBG
3 9 Perjumpaan dengan Unit-Unit Kecil bagi mengumpul
maklumat ;
3. Enrolmen pelajar (Unit Data)
3.
1 Bilangan staf
3.
2 Pencapaian akademik (Unit Peperiksaan)
3.
3 Pencapaian kokurikulum (S/U Kokurikulum)
3.
4 Kejayaan-kejayaan sekolah sehingga kini
3.
5 Bilik darjah (Penyelaras Kelas)
3.
6 Bilik khas (bilik mesyuarat, bilik fail, bilik pep. Dll)
3.
7 Bilik Guru (Ketua Bilik Guru)
3.
8 Pusat Sumber dan Bilik Media (Guru Media)
3.1
9 Dewan Besar/Kantin/ Gelanggang Permainan
3.1
0 Surau/ Masjid
3.1
1 Gelari dan tandas
3.1
2 Bengkel (Guru Kanan Kemahiran dan Vokasional)
3.1
3 Makmal Sains
3.1
4 Makmal Komputer
5
3.1 Kawasan Asrama
6
63
BIL AKTIVITI MINGGU PELAKSANAAN AKTIVITI
M1 M2 M3 M4 M5 M6 M7 M8
4 Menjalankan Kajian Keperluan (Analisis SWOT)
4. Mengenal pasti kekuatan dan kelemahan sekolah
1
4. Mengumpul data asas untuk penambahbaikan
2
4. Pelan Strategik
3
4. Pelan Tindakan
4
4. Pelan Operasi
5 5 Mencadangkan Program Penambahbaikan dan
5. tindakan ;Jawatankuasa Program
Mesyuarat
1
5. Penjadualan Program
2
5. Pemohonan Tempahan Tempat
3
5. Pemohonan Peruntukan Program daripada PIBG
4
5. Pemohonan Jemputan Penceramah
5
5. Pemberitahuan Aktiviti kepada guru dan pelajar yang
6
5. terlibat
Pelaksanaan Program
75. Penilaian program ~ Instrumen Penilaian
6 8 Laporan Program Sandaran
7 Penilaian Program Sandaran
8 Refleksi Sandaran
9 Rumusan / Penutup
10 Bibliografi
11 Hantar Laporan Sandaran
64
SEKOLAH MENENGAH SAINS TUANKU JAAFAR
KERTAS KERJA
BENGKEL EKSPLORASI SEJARAH 2013
SEKOLAH MENENGAH SAINS TUANKU JAAFAR
72000 KUALA PILAH, NEGERI SEMBILAN
1.0 PENDAHULUAN
Dalam pengajaran dan pembelajaran Sejarah pelbagai kaedah dan teknik perlu
dieksploitasi sepenuhnya oleh guru untuk menimbulkan rasa seronok belajar Sejarah
dalam kalangan murid. Bengkel Eksplorasi Sejarah menyediakan peluang kepada para
pelajar menimba pengalaman belajar Sejarah melalui pendekatan yang lebih
menyeronokkan. Bengkel Eksplorasi Sejarah juga dirangka agar para pelajar diberi
kemahiran, bimbingan dan motivasi yang berterusan agar dapat merealisasikan semua
A dalam SPM. Pendekatan Rakan Budaya Belajar atau pembelajaran kooperatif
melalui tutor rakan sebaya dan guru muda Sejarah menjadi tunjang kepada program
ini. Sehubungan itu, diharap Bengkel Eksplorasi Sejarah ini dapat membantu
melonjakkan prestasi calon SPM 2013 iaitu semua A (A+, A dan A-) dalam SPM
dengan Gred Purata 0.50 adalah matlamat yang diutamakan.
4.1 Masih terdapat pelajar yang tidak mencapai kecemerlangan dalam mata
pelajaran Sejarah
4.2 Guru akan memberi penekanan dan tumpuan pada topik-topik tertentu
supaya para pelajar dapat menghargainya dan memberi kebaikan untuk
menghadapi peperiksaan.
4.3 Para pelajar akan dibimbing dengan latihan yang terancang.
6.0 ANJURAN
Panitia Sejarah
Sekolah Menengah Sains Tuanku Jaafar
1. 22 Jun 2013, Sabtu (8.30 pagi 12.30 tengah hari, 2.30 petang 5.00 petang)
SLOT MASA
8.0 TEMPAT
66
9.0 PENGISIAN
3. Perbincangan / pembentangan
4. Motivasi
11.2 LCD
67
12.0 AHLI JAWATANKUASA BENGKEL EKSPLORASI SEJARAH SPM 2013
Jawatankuasa
Semua Ahli Panitia Sejarah
14.0 KEWANGAN
68
Anggaran Perbelanjaan
Bil Perkara Jumlah
1 Jamuan
3 Air mineral
(RM300 x 1 orang)
5 Kertas A4
RM961.00
JUMLAH
15.0 PENUTUP
Disediakan : Disahkan:
..
69
SEKOLAH MENENGAH SAINS TUANKU JAAFAR
Makluman
1. Sukatan Pelajaran yang diberi tumpuan dalam Bengkel Eksplorasi Sejarah ialah Bab 1
- 9 (Tingkatan 5)
2. Pakaian mengikut peraturan sekolah
3. Bentuk 37 kumpulan berdasarkan pencapaian dan setiap kumpulan mempunyai seorang
guru muda. Setiap kumpulan dianggotai pelbagai ahli sistem rumah untuk mewujudkan
semangat kolaborasi.
70
BAB 5 : PENILAIAN PROGRAM
5.1 Penilaian Dan Maklum Balas Daripada Borang Soal Selidik Dan Komentar
Guru
5.1.1 Program ini dilaksanakan pada 22 JUN 2013 (hari Sabtu) selama 1 hari dengan empat
slot khusus disediakan iaitu slot 1; ceramah tentang pembelajaran inkuiri
sejarah, slot 2; Bengkel Eksplorasi Kertas 1 (soalan objektif), slot 3; Bengkel
Eksplorasi Kertas 2 (soalan struktur) dan Slot 4 ialah sesi ujian pos dan
penilaian bengkel. Dalam slot ceramah tentang pembelajaran inkuiri, Encil
Elmy Azizan telah memberikan panduan dan bimbingan khusus bagaimana
belajar sejarah secara bijaksana dan memberi impak yang berkesan. Beliau
menunjukkan kaedah menghasilkan peta minda secara terancang, sistematik dan
menarik serta dapat dimanfaatkan semasa menjawab soalan kertas objektif,
struktur dan bahagian esei. Pelajar juga diberikan suntikan semangat serta
motivasi berguna sebagai azimat ke arah meletakkan diri mereka sebagai
kelompok pelajar cemerlang di Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT). Penceramah
menzahirkan rasa seronok dan berasa bangga dengan komitmen dan perhatian
pelajar sepanjang slot ceramah beliau dan sentiasa memberikan maklum balas
positif sepanjang ceramah disampaikan.Berikut adalah butiran rumusan daripada
penilaian pelajar-pelajar terhadap Program Eksplorasi Sejarah Tingkatan Lima
pada kali ini:
I. Pelajar bersetuju dan menyatakan skala baik (4) dan cemerlang (5) iaitu 90.00%
daripada 4 slot/sesi dalam program ini
II. Dalam sesi perbengkelan, pelajar bersetuju dan menyatakan baik dan cemerlang pada
skala (4) dan (5) bagi mata pelajaran Sejarah (91.30%).
III. Manakala bagi pengisian program memberi impak kepada penguasaan fakta sejarah
sebanyak 90 % pelajar memberi respons baik pada skala 4 dan 5.
71
5.1.1.2 Penilaian Umum Program:
I. Pelajar bersetuju dan menyatakan skala baik (4) dan cemerlang (5) iaitu 84.05%
daripada keseluruhan program yang dapat memberikan kesedaran dan motivasi
kepada diri pelajar dan menyatakan hampir 91.01% objektif program tercapai.
Jadual 10: Peratusan skala (4) dan (5) pada slot dalam Penilaian Umum
Bil. PENILAIAN UMUM Skala Skala Jumlah Peratus
4 5 Pelajar
1. Objektif program tercapai 34 15 138 91.01%
2. Peruntukan masa adalah mencukupi 17 16 138 77.82%
3. Kelengkapan peralatan memuaskan 15 11 138 80.68%
4. Tempat program sesuai dan selesa 12 10 138 71.88%
5. Keseluruhannya program dapat 37 21 138 84.05%
memberikan kesedaran dan motivasi
kepada diri saya
II. Manakala pelajar bersetuju dan menyatakan pada skala (4) dan (5) dari segi
kelengkapan peralatan (80.68%) dan tempat program (71.88%) dan ini menunjukkan
penilaian berada pada tahap amat memuaskan.
5.1.2 Dalam penilaian program, pelajar-pelajar telah mencadangkan dan memberi pandangan
beberapa penambahbaikan dalam melaksanakan program pada masa akan datang
(rujuk Lampiran 9 borang penilaian program). Antaranya termasuklah:
I. Diadakan Program sekali lagi selepas peperiksaan percubaan pada bulan
September sebagai persediaan menghadapi Peperiksaan SPM 2013.
II. Tempat program yang lebih selesa seperti di Bilik Pusat Suber (kerana berhawa
dingin) malah ada yang mencadangkan dilaksanakan di luar sekolah.
III. Menjemput guru atau penceramah dari luar seperti Guru Cemerlang dari sekolah-
sekolah SBP lain dan memperbanyakkan slot/sesi agar semua kertas 1, II dan III dapat
dibengkelkan
72
5.1.3 Beberapa cadangan daripada pelajar yang terdapat dalam borang penilaian program:
I. Mohd Shafiq Osman mencadangkan supaya program ini dijalankan pada masa
akan datang dan tingkatkan kualiti tempat program diadakan yang lebih baik dan
selesa seperti di bilik pancaindera.
II. Mohd. Am irul Izzat berharap program ini akan dapat dijalankan di masa akan
datang (selepas percubaan) supaya pelajar lebih bersedia untuk menghadapi
peperiksaan.
III. Nurdiana Bte Jaafar mencadangkan program ini
diadakan pada bulan September bagi meningkatkan lagi motivasi diri dan
kesedaran pelajar.
IV. Wan Solehah Akmar Bt Nasution mencadangkan diperbanyakkan aktiviti
dan menjemput pelajar SBP lain menyertai Eksplorasi Sejarah.
5.2 Pemerhatian dan Temu Bual Dengan Guru-Guru Yang Terlibat dengan
Slot / Sesi
5.2.1 Temu bual telah diadakan dengan guru-guru yang terlibat dalam setiap slot / sesi
perbengkelan mata pelajaran ketika bersama-sama dengan pelajar. Melalui
pengalaman dan pemerhatian guru-guru ini ketika proses pembelajaran berlaku,
perubahan tingkah laku pelajar adalah positif. Pembelajaran adalah perubahan
tingkah laku. Perubahan tingkah laku melalui pembelajaran iaitu perubahan yang
lebih maju, lebih tinggi dan lebih baik daripada tingkah laku yang sedia ada
sebelum aktiviti pembelajaran. Perubahan tingkah laku dilihat dari segi:
I Persediaan dan perubahan mental dapat dilihat dari segi pengetahuan sedia ada
pelajar, pengalaman, latar belakang, kebolehan akal (imaginasi dan penaakulan),
keupayaan belajar, kebolehan bertindak, kebolehan meninjau ke hadapan dan
kebolehan menggunakan bahasa
II Persediaan dan perubahan tingkah laku yang dilihat dari aspek pergaulan,
perhubungan, interaksi (bahasa dan gaya), sikap dan ketegasan bertindak dan
kebolehan bertanggunjawab serta semangat bekerjasama
III Persediaan dan perubahan sosial pelajar yang boleh dilihat berdasarkan kelas,
latar belakang pencapaian akademik, status ekonomi, etnik dan agama
73
IV Persediaan dan perubahan emosi pelajar yang dilihat dari sudut kebolehan
menanggung kekecewaan, ketenteraman, kesabaran dan kawalan emosi ketika
mengikuti program seperti suka, duka, gembira, marah, sayu dan sebagainya
5.2.2 Melalui persediaan dan perubahan empat aspek ini, kesediaan pelajar mengikuti
program ini dapat dikesan melalui pemerhatian dan pengalaman bersama-sama guru-
pelajar iaitu penglibatan secara langsung dalam slot / sesi ketika program ini
dilaksanakan. Guru-guru mendapati pelajar memberikan komitmen sepenuhnya,
fokus kepada proses pengajaran dan pembelajaran, minat dan ceria ketika aktiviti
berkumpulan, kaedah dan teknik pengajaran yang disampaikan oleh guru dan
pembelajaran secara kontekstual berkesan dan memberi keyakinan kepada pelajar.
Berikut adalah beberapa pandangan daripada guru-guru yang terlibat dengan program
ini :
I. Puan Norfaizah Warzukni, G K M P Ke m a n u si a a n ketika dalam sesi bengkel
mendekati pelajar dengan cuba menerokai dan memahami latar belakang pelajar
dengan sesi soal jawab dan beberapa catatan pengalaman, persitiwa dan harapan
masa hadapan ketika menduduki peperiksaan SPM. Beliau mendapati pelajar-pelajar
Tingkatan Lima ini berkeyakinan tinggi dan mempunyai hala tuju yang jelas dalam
menghadapi peperiksaan SPM pada tahun 2013. Walau bagaimana pun beberapa
kelemahan yang dapat dikesan ialah kekurangan kemahiran belajar dan motivasi
perlu sentiasa diberikan kepada mereka.
Sebagai pemimpin instruksional yang berjaya, Puan Hajah Noorizan Binti Abd Latif,
selaku Pengetua SM Sains Tuanku Jaafar sentiasa memberikan sokongan dan pandangan
bernas terhadap semua program Panitia Sejarah dalam usaha melonjakkan pencapaian
kurikulum Sejarah sebagai matapelajaran teras yang sekarang ini dijadikan matapelajaran
wajib lulus dalam SPM 2013. Untuk itu, beliau amat optimis bahawa subjek Sejarah mampu
mencapai Gred Purata lebih baik sekaligus melonjakkan GPS. Pengetua sentiasa menyokong
program-program panitia sejarah dan berusaha bagi mendapatkan sumber kewangan luar
dalam menjayakan program-program yang dirancang oleh pihak panitia sejarah selain
sumber tabung kecemerlangan PIBG. Pengetua sejak awal-awal lagi telah memberikan
pelbagai bentuk cabaran kepada pihak panitia sejarah supaya memastikan semua calon SPM
mampu menyumbang Gred Purata Sekolah (GPS) menghampiri 0.20 (GPMP) iaitu apabila
hampir 85% pelajar memperoleh A+. Gagasan pengetua sebenarnya tidak mustahil untuk
dicapai kerana pencapaian terbaik pelajar setakat ini ialah berada pada GPMP 0.59. Pihak
panitia sedang terus berusaha untuk memcapai visi dan misi panitia termasuklah dengan
mengadakan program perkongsian pintar bersama sekolah berasrama penuh lain seperti
Kolej Tunku Kurshiah, Sekolah Alam Shah, SBP Integrasi Jempol dan banyak lagi.
Saya yakin dan percaya bahawa dengan sokongan padu pihak pengurusan sekolah serta
komitmen jitu ahli-ahli panitia, pasti impian hasrat murni ini akan membuahkan hasil. Panitia
Sejarah mempunyai kelebihan dan kekuatan yang tersendiri iaitu semangat bekerjasama dan
saling membantu antara ahli panitia dalam menjayakan matlamat dan objektif panitia.
Buktinya, apabila peserta NPQEL yang merupakan salah seorang ahli panitia sejarah
menghadiri kursus separuh masa di IAB selama lima bulan (Februari hingga Julai 2013)
semua ahli panitia bersama-sama mengambil bahagian samada dengan menggabung kelas
ataupun mengadakan kelas tambahan demi memastikan pelajar terus mengikuti sesi
pengajaran dan pembelajaran sekalipun guru berkenaan menghadiri kursus tertentu.
76
BAB 6 : REFLEKSI
6.1 Pengenalan
Program Sandaran NPQEL ini berjaya dilaksanakan dengan mendapat kerjasama dan
sokongan sepenuhnya daripada pihak pengurusan sekolah khasnya Pengetua Cemerlang,
Guru Penolong Kanan dan semua guru sejarah di SM Sains Tuanku Jaafar. Peserta juga
tidak menghadapai masalah untuk mendapatkan segala data dan maklumat bagi memenuhi
kehendak Program Sandaran NPQEL ini. Peserta dapat merancang, melaksana dan menyelia
Program Eksplorasi Sejarah dengan baik dan lancar dengan harapan agar usaha ini
mendatangkan perubahan kepada sikap pelajar terhadap mata pelajaran Sejarah sekaligus
meningkatkan keyakinan pelajar demi memastikan pencapaian pelajaran dalam mata
pelajaran Sejarah bertambah baik menjelang peperiksaan SPM.
Sebagai peserta program penglibatan secara langsung atau partisipatif amat penting untuk
menggerakkan Jawatankuasa Kerja Program Eksplorasi Sejarah supaya sama-sama dapat
menyumbang idea dan kemahiran bagi melaksanakan program ini dengan jayanya.
Sebagai peserta kursus NPQEL, juga sebagai Guru Cemerlang Sejarah di sekolah ini, saya
bersikap optimis terhadap keupayaan panitia melaksanakan program ini dengan jayanya.
SM Sains Tuanku Jaafar amat bertuah kerana mempunyai guru-guru Sejarah yang komited
dan proaktif dengan tanggungjawab yang diamanahkan kepada mereka. Kepercayaan
penuh kepada AJK untuk lebih kreatif dalam melaksanakan program ini juga diberikan.
Guru-guru yang terlibat sebagai fasilitator pelajar diberi ruang sepenuhnya untuk mengubah
suai model pembelajaran agar selaras dan bertepatan dengan kaedah pembelajaran secara
inkuiri. Pelajar diberikan kebebasan menggunakan pelbagai sumber maklumat untuk
membina peta minda yang lengkap dan berstruktur sesuai dengan tahap berfikir aras tinggi
(HOTS) sepertimana yang dikehendaki dapam panduan pentaksiran sejarah 1249/2 dan
1249/3. Selain itu, mereka juga diminta memilih tajuk atau sub-tajuk eksplorasi untuk
dibincangkan. Semua AJK terlibat secara langsung dalam program ini sama ada dari segi
sumbangan idea, kemahiran, pengetahuan dan pelaksanaan program. Pendek kata, sebagai
perancang projek peserta sentiasa berusaha mewujudkan satu rangkaian kerja dan carta alir
yang teratur dan sistematik sebagai panduan kepada guru untuk melaksanakan program ini.
77
Dalam pelaksanaan projek ini juga peserta cuba untuk mengaplikasikan corak kepimpinan
transformasi. Guru-guru Sejarah diberi ruang mencerna idea baru bagi menambah baik
perjalanan program eksplorasi kali ini agar satu perubahan dibuat dalam program
kecemerlangan pelajar yang selama ini hanya tertumpu kepada program latih tubi dan teknik
menjawab soalan. Idea untuk memantapkan kemahiran inkuiri sejarah ini dicetuskan dalam
Mesyuarat Post Mortem panitia sejarah yang lalu kerana seringkali guru-guru mengeluh
tentang kegagalan Program Teknik Menjawab secara konvensional apabila pelajar berulang
kali melakukan kesilapan yang sama sekalipun sekadar untuk menjawab soalan objektif.
Hasil Perjumpaan Tiga Penjuru dengan ibubapa dan pelajar, maklum balas diperoleh
daripada pelajar ialah mereka kadang-kadang tidak faham perkara yang diajar dan yang lebih
ketara mereka gagal mengingat perkara-perkara yang telah dipelajari. Sebagai peserta
NPQEL, s a y a b e rusaha untuk mengilhamkan dan menginspirasikan guru-guru Sejarah
Tingkatan 4 dan 5 supaya membantu semua murid dalam mencapai sasaran mata pelajaran
Sejarah mereka dengan menggunakan pendekatan inkuiri yang lebih bersturktur. Sebagai
pemimpin transformasi, peserta perlu memiliki kreativiti dalam tindakan sehingga mampu
menggerakkan pengikut melakukan tindakan yang bersifat inovatif bagi memastikan
perubahan positif. Oleh itu, pelaksanaan Program Teknik pemberlajaran inkuiri bagi mata
pelajaran Sejarah ini diharap dapat memotivaskan guru dan pelajar seterusnya meningkatkan
pencapaian pelajar sebagai usaha untuk mengekalkan kecemerlangan sekolah.
Dalam melaksanakan Program Eksplorasi Sejarah fasa II bagi tahun 2013 ini, unsur-
unsur kekuatan, kelemahan dan peluang mewarnai keberkesanan dan keberhasilan terhadap
78
perkembangan dan potensi murid sebagai modal insan yang holistik dan membina minda
kelas pertama agar boleh bersaing di peringkat global. Melalui kekuatan dan peluang yang
ada kepimpinan dan warga sekolah mendapat suntikan untuk meneruskan program ini.
Kelemahan yang dilihat secara teknikal walaupun wujud risiko hanyalah bersifat sementara
dan menjadi pemangkin kepada kepimpinan sekolah untuk memikirkan secara strategik
penambahbaikan yang diperlukan. Peranan Pengetua sangatlah dominan dalam menjayakan
program ini dan idea yang strategik memperlihatkan perancangan masa hadapan yang lebih
baik dan proaktif ke arah penambahbaikan program dan kecemerlangan sekolah.
6.2.1 Kekuatan
6.2.1.1 Panitia Sejarah amat optimis dengan sumber yang ada iaitu seramai 141 orang pelajar
Tingkatan Lima 2013 yang dilihat sudah menunjukkan semangat dan sikap positif
untuk menyediakan diri menghadapi peperiksaan SPM. Pelajar telah mula memainkan
peranan sebagai pembimbing tutor rakan sebaya sejak awal tahu lagi dengan azam dan
semangat batch yang utuh supaya semua pelajar akanbersama-sama mencipa
kecemerlangan bagi tahun 2013.
6.2.1.2 Semua warga sekolah terlibat secara langsung dengan program ini terutamanya guru-
guru panitia mata pelajaran Sejarah. Jawatankuasa Pelaksana telah dibentuk dan
pengagihan tugas adalah di kalangan ahli panitia sendiri.
6.2.1.3 Sokongan padu daripada pihak pengurusan sekolah khususnya Pengetua Cemerlang
memudahkan pelaksanaan program eksplorasi sejarah. PIBG..
6.2.1.4 Sokongan dan sumbangan daripada PIBG SM Sains Tuanku Jaafar telah
diluluskan demi memastikan program ini dapat dilaksanakan dengan jayanya. PIBG
telah memberi peruntukan sebanyak RM 961.00 (Ringgit Malaysia: Sembilan Ratus
Enam Puluh Satu Sahaja).
6.2.1.4 Kemudahan prasarana dan fizikal sekolah turut mendorong melicinkan
pelaksanaan
program kerana kemudahan yang mencukupi ini membolehkan Jawatankuasa
Pelaksana menguruskan aktiviti yang telah dirancang oleh pihak sekolah.
79
Kemudahan dewan, peralatan ICT, peralatan perbengkelan dan kemudahan
asrama membolehkan program ini diadakan di sebelah malam.
6.2.1.5 Kerjasama daripada ibu bapa dan pelajar-pelajar sendiri membolehkan program ini
dapat dilaksanakan dengan sempurna. Hal ini adalah kerana sebahagian ibu bapa
akan melawat anak-anak mereka pada hari Sabtu dan Ahad di sekolah. Pelajar-
pelajar pula dapat memberi tumpuan penuh kepada program yang sedang berjalan
kerana mereka telah memahami matlamat program dan mempunyai kesedaran
kendiri dalam meningkatkan prestasi akademik sendiri.
6.2.1.6 Dalam program ini, diperuntukkan slot ceramah kaedah pembelajaran inkuiri yang
disampaikan oleh Encik Elmy Azizan Bin Abdul Aziz, Guru Penolong Kanan
Kokurikulum daripada SMK Serting Hilir Kompleks. Kemahiran inkuiri ini penting
dikuasai oleh pelajar kerana kemahiran ini menjadi kerangka pemikiran asas dalam
menjayakan eksplorasi sejarah ini.
6.2.1.7 Guru-guru dapat mengaplikasikan kaedah dan teknik pengajaran dan menerapkan
kemahiran generik kepada pelajar-pelajar melalui sesi perbengkelan mata pelajaran.
Kaedah perbincangan dalam kumpulan, sumbang saran, penggunaan peta minda, soal-
jawab, kuiz dan sebagai digunakan oleh guru-guru ketika proses pembelajaran.
Kemahiran komunikasi, kepimpinan dalam kumpulan, ICT, kerja sepasukan, berfikiran
kritikal dan spiritual adalah antara kemahiran generik yang dapat dibina dan dibangunkan
dalam diri pelajar. Secara tidak langsung, guru-guru juga telah menggabungjalinkan
strategi pedagogi yang banyak membantu pelajar ketika proses pembelajaran seperti
pembelajaran akses kendiri, pembelajaran masteri, pembelajaran kontekstual, belajar cara
belajar dan sebagainya.
6.2.1.8 Melalui penilaian program yang dilakukan, keseluruhan pelajar menyatakan bahawa
pelaksanaan program ini baik dan cemerlang (berdasarkan skala 4. Baik dan 5.
Cemerlang) dan dapat memberikan kesedaran dan motivasi kepada diri pelajar dan
berpuas hati dengan program ini. Sebilangan besar pelajar mencadangkan program ini
dilaksanakan bagi fasa kedua dengan beberapa penambahbaikan.
6.2.1.9 Kekuatan utama selain peranan guru sebagai fasilitator ialah peranan yang
dimainkan oleh pasukan guru muda sejarah yang siap sedia membimbing dan
membantu tiga orang rakan dalam kumpulan mereka turut menjadi kunci kejayaan
80
program eksplorasi ini. Seramai 40 orang pelajar guru muda sejarah yang
mempunyai pencapaian cemerlang dilatih untuk menjadi pembimbing rakan sebaya
bagi menghasilkan modul eksplorasi.
6.2.2 Kelemahan
6.2.2.1 Program ini hanya dapat dilaksanakan dalam empat slot selama satu hari sahaja
(bermula jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang) kerana kekangan masa yang amat
terhad dan pihak kurikulum telahpun mempunyai pelbagai program. Apa yang
penting pelajar akan mengambil peluang ini untuk memantapkan
kemahiran inkuiri sejarah dalam menghasil kan modul eksplorasi sejarah.
6.2.2.2Keberkesanan pelaksanaan program ini mungkin lebih efektif sekiranya lebih ramai
guru pembimbing dapat hadir sama membimbing pelajar seramai 141 orang.
6.2.3 Peluang
6.2.3.1 Sikap proaktif semua guru sejarah, ibu bapa dan sokongan padu pihak pengurusan
sekolah menyokong program eksplorasi ini demi kecemerlangan pelajar dan
peningkatan prestasi sekolah merupakan kesempatan yang baik melaksanakan
program ini. Sokongan tidak berbelah bahagi dua orang guru cemerlang sejarah bersama
seorang guru pemeriksa kertas SPM yang cukup berpengalaman dapat menjadikan
program ini benar-benar memberi impak maksima kepada pelajar.
6.2.3.2Perkara yang memotivasikan warga sekolah sama ada guru, pelajar dan ibu bapa bagi
melaksanakan program ini adalah kesedaran masing-masing terhadap hala tuju dan
wawasan sekolah atas penganugerahan Sekolah Kluster Kecemerlangan (SKK) pada
September 2011 dan Anugerah Sekolah Berprestasi Tinggi pada tahun 2012.. Visi
dan Misi sekolah terus diterjemahkan oleh semua warga sekolah apabila sekolah
telah tersenarai untuk anugerah Tawaran Baru @ Baiah. Kejayaan berganda dan
berturutan pada tahun 2011, 2012 dan 2013 ini adalah peluang terbaik untuk semua
warga sekolah mengorak langkah dan menuju kecemerlangan sekolah yang
berterusan.
81
6.2.3.3Pelajar-pelajar SM Sains Tuanku Jaafar adalah pelajar yang terpilih untuk
kemasukan setiap tahun dengan mengambil kira pencapaian cemerlang dalam
peperiksaan UPSR (5A dan 4A 1B), ciri-ciri kepimpinan yang tinggi dan
pencapaian yang baik dalam kokurikulum. Mudah bagi guru-guru melentur buluh
yang baru ini untuk membentuk dan membina kecemerlangan diri pelajar dari segi
akademik dan sahsiah mereka. Tambahan lagi dasar Kementerian Pelajaran
Malaysia telah memberi ruang kepada pengetua sebanyak 20% daripada kemasukan
pelajar setiap tahun, memilih sendiri bakal pelajar sekolah.
6.3.1 Program Eksplorasi Sejarah ini perlu di adakan sekali lagi dalam tempoh terdekat sebelum
peperiksaan SPM untuk memantapkan persediaan pelajar menguasai fakta dan kemahiran
berfikir secara kritis dan kreatif sesuai dengan keperluan pemikiran aras tinggi pelajar untuk
menghadapi kertas esei (kertas 2) dan kertas penulisan (kertas 3). Pihak sekolah juga
merancang untuk mengadakan program eksplorasi bersama sekolah SBP lain iaitu Sekolah
Sultan Alam Shah (SAS) pada bulan September semata-mata untuk memperkemaskan
persediaan pelajar.
6.3.2 Di samping itu, sekolah terus menggunakan strategi Blue Ocean (BOS) dalam
membuat perancangan dan penambahbaikan strategik pengajaran dan pembelajaran di
bilik darjah dan program atau aktiviti akademik sebelum mencadangkan dan
melaksanakan program sokongan akademik yang lain di sekolah. Dengan melihat
elemen Amalan yang perlu dihapuskan (eliminate), Amalan yang perlu dikurangkan
(reduce), Amalan yang perlu ditingkatkan (raise) dan Amalan baru (create) atau
ringkasnya ERRC, pihak sekolah dapat mengesan kekuatan dan kelemahan dan boleh
mencadangkan idea baru untuk melaksanakan program ini kelak.
6.3.3 Program ini juga boleh dijadikan sebagai program wajib bagi panitia Sejarah selain
progam kecemerlangan lain seperti latih tubi dan Teknik Menjawab Sejarah.
Pihak panitia Sejarah juga perlu berkerjasama dengan pihak PPD agar projek
ini dijadikan projek yang diberi peruntukan yang sesuai agar lebih ramai guru dapat
dilatih untuk mendalami kaedah inkuiri sejarah yang lebih berkesan.
82
6.3.4. Program Eksplorasi Sejarah ini juga dicadangkan agar dapat dilaksanakan juga
dalam semua mata pelajaran khasnya mata pelajaran yang melibatkan pembacaan
dan hafalan yang banyak. Contohnya, dalam mata pelajaran Pendidikan Islam,
Sains, Bahasa Inggeris, Bahasa Melayu dan lain-lain mata pelajaran termasuklah
Matematik. Kaedah belajar berkesan ini amat penting dikuasai oleh pelajar agar
mereka tidak menjadi pelajar yang work hard but not smart iaitu banyak belajar
tetapi masih gagal mendapat markah cemerlang.
6.3.5 Program ini juga dicadangkan dibuat penambahbaikan iaitu difokuskan kepada
kumpulan guru terlebih dahulu. Guru-guru perlu diberikan pendedahan awal tentang
kaedah inkuiri dalam sejarah ini supaya mereka tidak berada dalam keadaan guru
mengajar, murid tidak belajar. Hal ini semakin jelas sejak kebelakangan ini apabila
ramai guru yang terkilan dengan pelajar yang tidak berusaha untuk belajar walaupun
ketika waktu peperiksaan. Keadaan ini berlaku mungkin disebabkan pelajar berasa
terlalu banyak mata pelajaran yang perlu dipelajari sedangkan mereka tidak mahir
dengan kaedah belajar yang betul.
6.4.1 Sekolah berkesan ialah sebuah sekolah yang berjaya menghasilkan murid yang
berjaya dalam aspek akademik, ko-kurikulum, pembangunan sahsiah dan kemahiran
sosial melalui pemupukan budaya tradisi dan watak sekolah itu sendiri. Peter
Mortimer (1995) telah mengemukakan sebelas faktor sekolah berkesan iaitu:
1. Kepimpinan profesional.
2.Perkongsian visi dan matlamat.
3.Persekitaran pembelajaran.
4. Tumpuan kepada pengajaran dan pembelajaran.
5. Pengajaran bermatlamat.
6. Harapan yang tinggi terhadap pencapaian pelajar.
7. Pengukuhan positif.
8. Pemantauan kemajuan.
83
9. Hak dan tanggungjawab pelajar.
10. Hubugan rapat keluarga sekolah.
11. Organisasi pembelajaran.
6.4.2 Pengetua sebagai the central figure dalam pentadbiran dan pengurusan sekolah
berperanan sebagai pemimpin instruksional serta menjadi tempat rujukan, pakar
runding, tempat berbincang dan berbicara, tempat rujukan, tempat mendapat khidmat
nasihat sebagai kepimpinan instruksional. Pengetua memberi fokus kepada
kecemerlangan pengurusan pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah, pengajaran
bermatlamat, harapan yang tinggi terhadap pencapaian pelajar, persekitaran
pembelajaran dan pemantauan kemajuan pelajar. Oleh itu, program eksplorasi sejarah
dipersetujui sebagai persediaan pelajar menghadapi SPM 2013.
6.4.3 Pengetua berperanan sebagai role model dan dapat mendorong guru berusaha dengan
penuh keghairahan melaksana program ini dengan menjalin dan mengadun tenaga
guru dalam kerja sepasukan. Pengetua memberi inspirasi dan motivasi kepada guru
dan pelajar untuk bekerja secara ikhlas dan brerfokus dalam suasana ceria serta
berasa kepuasan apabila aktiviti sekolah dapat dilaksana dengan berkesan dan
mencapai hasil yang cemerlang berdasar KPI yang telah ditetapkan.
6.4.4 Pengetua dan pengurusan sekolah berjaya menghala dan mencorak guru sebagai
pemimpin 360 . Dalam perkataan lain guru adalah Guru Pemimpin 360 yang
mampu mempengaruhi orang di sekelilingnya yang terdiri daripada orang atasan,
rakan sejawat dan orang bawahan. John C. Maxwell dalam bukunya The 360
Laeder ada menyebut bahawa bagi memenangi hati sesiapa sahaja, orang itu
perlu berpengaruh kerana pemimpin sebenar adalah pemimpin yang berpengaruh,
tidak lebih dan tidak kurang. Konsep kepimpinan ini yang mengandungi tiga
lapisan iaitu Lead Up, Lead Across dan Lead Down dan secara ringkasnya
apabila seorang guru itu sebagai pemimpin 360 , orang atasan (Lead Up) adalah
Pengetua, semua Penolong Kanan dan Guru Kanan Mata Pelajaran. Rakan
sejawatnya (Lead Across) adalah semua guru manakala orang bawahannya (Lead
Down) adalah pelajar. John C. Maxwell (2005) menegaskan, You can lead others
from anywhere in an organization. And when you do, you make the organization
84
better. Program Eksplorasi Sejarah dapat dilaksanakan dengan baik kerana
semua guru bertindak sebagai Pemimpin 360. Noraini Ahmad (2003),
menyatakan apabila seseorang itu memahami konsep kerja, hal ini akan
mendorong individu untuk sentiasa gigih bekerja. Budaya kerja cemerlang dapat
diterapkan dan guru-guru menganggap kerja itu menyeronokkan.
6.5 Hasil Pembelajaran Dan Pengalaman Yang Diperoleh Dalam Pengurusan Dan
Kepimpinan Melalui Program Eksplorasi Sejarah
Pengetua sebagai peneraju sekolah mesti memahami dengan jelas konsep dan
idea yang boleh dijadikan asas dan panduan dalam mengurus sekolah. Antaranya
Sekolah Berkesan, Sekolah Berwatak, School View, Class View, Back to basic, Guru
mengajar- Murid belajar dan Let managers manage dan seumpamanya . Memang
tidak dapat dinafikan bahawa peranan dan kepimpinan Pengetua dalam
melaksanakan semua program dan aktiviti yang melibatkan akademik, kokurikulum
malah pembinaan sahsiah pelajar sangatlah bermakna dan besar sumbangannya
dalam membentuk kecemerlangan sekolah.
Dalam menyokong dan melaksanakan program ini, jelas kepemimpinannya
menentukan hala tuju sekolah. Peranannya mengarah, mengelola, menyelia,
membimbing dan menyelesai masalah bersama-sama guru akan memancu ke
arah pencapaian visi sekolah iaitu melahirkan modal insan bertaraf dunia. Stail
kepimpinan yang berlandaskan prosedur kerja sahaja dan berpegang kepada
pendirian bahawa pengetua sentiasa betul dan benar tidak sesuai diamalkan.
Pengetua perlu menggunakan kreativiti dengan menghayati reflective rationality
dan semangat syura dan musyuarah apabila mendengar dan menerima
pandangan dan idea guru-guru untuk menjayakan program ini. Stail kepimpinan
transformasi dan demokrasi yang ditunjukkan memberi peluang dan ruang kepada
guru-guru menyalurkan idea dan pendapat serta menyuntik motivasi guru- guru dan
85
sebagai pemangkin yang mempercepatkan perjalanan proses menuju matlamat
dengan cara yang paling sesuai untuk melaksanakan program ini. Pengetua melihat
kecemerlangan peperiksaan SPM bagi tahun 2013 mesti dirancang lebih awal
walaupun pelaksanaannya telah pun bermula pada tahun 2012. Ciri kepimpinan
Pengetua dilihat sebagai seorang yang mempunyai ciri-ciri kepimpinan karismatik
iaitu Pengetua mempunyai pengaruh yang bukan didasarkan pada tradisi atau
autoriti formal tetapi pemimpin yang dianugerahkan dengan kualiti yang luar biasa.
Dalam perkataan lain, pengetua adalah pemimpin karismatik visionary iaitu
mempunyai keyakinan diri, menetap dan mempunyai keupayaan untuk
menyampaikan visi, ada sifat luar biasa, dianggap sebagai agen perubahan dan
sensatif terhadap persekitaran.
87
6.5.3 Prinsip Pengurusan Pengetua
6.6 KESIMPULAN
Program Eksplorasi Sejarah Tingkatan Lima Tahun 2013 yang telah dilaksanakan telah
mengambil kira kekuatan, kelemahan, peluang dan cabaran dengan melihat dan
menguruskan sumber sekolah yang sedia ada. Tiada sekolah yang dapat lari daripada
isu sumber dan pengurusan sumber. Pihak sekolah telah mempertingkatkan
kecekapan pengurusan sumber manusia secara proaktif supaya tenaga manusia ini
di kalangan guru, ibu bapa, Alumni dan pelajar sendiri dapat diselaraskan walaupun
dengan pelbagai halangan, kekangan dan isu ketika melaksanakan program ini.
Program yang berbentuk sokongan akademik ini perlu dilaksanakan secara
berterusan sehingga pada tahun hadapan (2013) kerana badge ini akan menduduki
peperiksaan PMR dan keberkesanan program ini dapat dilihat daripada suntikan
semangat dan motivasi kendiri untuk lebih bersedia dan bertanggungjawab
Corak dan stail kepimpinan Pengetua adalah kunci utama program ini dapat
dijayakan mengikut apa yang telah dirancangkan. Pelbagai bentuk kepimpinan
Pengetua laksanakan di sekolah seperti kepimpinan demokratik, kepimpinan
autokratik, kepimpinan lepas-bebas (Laizssez-Faire), kepimpinan transformasi,
kepimpinan kapasiti
90
(capacity building leadership) dan sebagainya. Corak kepimpinan ini digunakan
mengikut situasi dan dalam pelbagai suasana beradasarkan kepentingan ketika itu.
Gabungan stail kepimpinan juga berlaku dalam keadaan-keadaan tertentu
berdasarkan kesesuaian dan penyelesaian masalah atau konflik. Sekiranya berlaku
konflik ketika perlaksanaan program, Pengetua mengambil pendekatan situasi
menang-menang (win-win situation) kerana teknik ini merupakan lakaran minda dan
jiwa yang mengarah kepada keuntungan dan kepentingan hubungan sesama guru-
guru. Menurut Stephen R. Covey (1989), Win-Win means that agreement or solutions
are mutually beneficial, mutually satisfying. Prinsip Pengetua dalam kepimpinan dan
pengurusan sekolah iaitu set high target dan sense of urgency sangat memberi
kesan kepada budaya kerja guru dan semua program yang dirancang atau
dilaksanakan walaupun menghadapi kekangan masa dan tenaga terlaksana juga
akhirnya. Proses pengajaran dan pembelajaran sama ada di dalam atau di luar bilik
darjah atau melalui program sokongan akademik memerlukan strategi, pendekatan,
kaedah dan teknik pedagogi untuk menjadikan proses pembelajaran menyeronokkan
pelajar dan memberi impak kepada proses penerimaan dan penaakulan ilmu
pengetahuan. Keseronokan belajar adalah motivasi semulajadi yang mendorong
secara kendiri pelajar terus berusaha menerokai ilmu dan secara tidak langsung
kreativiti, kritis dan inovasi dapat dibina dalam jiwa dan minda pelajar. Pelajar-
pelajar akan terus belajar kerana dalam pemikiran mereka telah ada set minda iaitu
belajar itu menyeronokkan dan secara tidak langsung pembelajaran sepanjang hayat
dapat dipupuk di kalangan rakyat Malaysia.
92
BIBLIOGRAFI
Noor Azman Bin Hassan (2005). Kajian Hubungan Kerja Sambilan Dengan Prestasi
Akademik Dan Penglibatan Aktiviti Sekolah Di Kalangan Pelajar Sekolah Menengah
Di Daerah Tangkak, Johor. Tesis Sarjana. Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi.
Hayati Hj. Omar (2008). Kajian Penggunaan Pendekatan Teknologi Maklumat Dan
Komunikasi Dalam meningkatkan Pencapaian Murid-Murid Tahun Empat Dalam
Pendidikan Sivik Dan Kewarganegaraan. Jabatan Pelajaran WP Labuan.
Haji Abas Bin Awang dan Haji Abdullah Bin Ngah (2007). Latar Belakang Dan Isu-Isu
Berkaitan Kepimpinan Instruksional. Kementerian Pelajaran Malaysia. Kuala Lumpur.
Haji Sobirin Bin Duli, Hajah Norbi Bt Husin, Haji Mahmud Bin Omar, Haji Jamaluddin
Bin Mat (2007). Kepimpinan Instruksional Satu Pandangan Menyeluruh. Kementerian
Pelajaran Malaysia. Kuala Lumpur.
Mok Soon Sang (1992). Ilmu Pendidikan untuk KPLI (Kursus Perguruan Lepasan
Ijazah) Semester 1 dan 2. Selangor: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.
93
Siti Adilah Bte Ali (2009). Kajian Penyelidikan Everyone Can Score A. Jurnal
Penyelidikan
Pendidikan Jilid 2. Jabatan Pelajaran WP Labuan. WP Labuan
John C. Maxwell (2005). The 360 Leader. Thomas Nelson, Inc. United States Of America
Noraini Ahmad (2003). Budaya Kerja Cemerlang. Utusan Publications & Distributors Sdn.
Bhd. Kuala Lumpur.
Dato Seri Ghafar Bin Mahmud (2011). Haluan Kerja Pendidikan : Cyberjaya :
Kementerian
Pelajaran Malaysia
Stephen R. Covey (1989). The 7 Habits Of Highly Effective People. New York : Free Press
Saedah Siraj, Zainun Ishak, Tunku Mohani Tunku Mokhtar (1996). Motivasi
Dalam
Pendidikan. Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd. Kuala Lumpur
94
MINGGU 1 : 6 MEI 10 MEI 2013
-------------------------------------- -----------------------------
MOHD ROZI BIN IBRAHIM
94
Peserta NPQEL 1/2013
94
MINGGU 2 : 13 MEI 17 MEI 2013
-------------------------------------- -----------------------------
MOHD ROZI BIN IBRAHIM
Peserta NPQEL 1/2013
94
MINGGU 3 : 20 MEI 24 MEI 2013
-------------------------------------- -----------------------------
MOHD ROZI BIN IBRAHIM
Peserta NPQEL 1/2013
94
MINGGU 4 : 27 MEI 31 MEI 2013
-------------------------------------- -----------------------------
MOHD ROZI BIN IBRAHIM
Peserta NPQEL 1/2013
94
MINGGU 5 : 3 JUN 7 JUN 2013
DENGAN KEBENARAN
(YH PENGARAH IAB)
DENGAN KEBENARAN
(PENGARAH)
7 Jun 2013 Jumaat
PESERTA NPQEL MENUNAIKAN
UMRAH & ZIARAH
DENGAN KEBENARAN
-------------------------------------- -----------------------------
MOHD ROZI BIN IBRAHIM (PENGARAH)
Peserta NPQEL 1/2013
94
MINGGU 6 : 10 JUN 14 JUN 2013
-------------------------------------- -----------------------------
MOHD ROZI BIN IBRAHIM
Peserta NPQEL 1/2013
94
MINGGU 7 : 17 JUN 21 JUN 2013
-------------------------------------- ---------------------------
MOHD ROZI BIN IBRAHIM
Peserta NPQEL 1/2013
94
MINGGU 8 : 24 JUN 28 JUN 2013
-------------------------------------- ---------------------------
MOHD ROZI BIN IBRAHIM
Peserta NPQEL 1/2013
94
MINGGU 9 : 1 JULAI 5 JULAI 2013
Pagi:
- Melaksanakan ujian post
- Membuat analisis markah dan merumus dapatan
1 Julai 2013 Isnin
Petang:
- Sukan Pra -Kejohanan 1
Pagi:
- Membuat semakan akhir Laporan Sandaran NPQEL
- Mencetak laporan akhir
2 Julai 2013 Selasa
Petang:
- Sukan Pra-Kejohanan II
Pagi:
- Kejohanan Olahraga Tahunan Sekolah Menengah Sains
Tuanku Jaafar, Kuala Pilah.
3 Julai 2013 Rabu
Petang:
- Gotong -royong kawasan sekolah.
-------------------------------------- ---------------------------
MOHD ROZI BIN IBRAHIM
Peserta NPQEL 1/2013
94
MINGGU 10 : 8 JULAI - 12 JULAI 2013
-------------------------------------- ---------------------------
MOHD ROZI BIN IBRAHIM
Peserta NPQEL 1/2013
94