Kebakaran hutan Bukit Broga padam sepenuhnya

Keadaan hutan Bukit Broga di Semenyih sebelum dan selepas kebakaran.
Keadaan hutan Bukit Broga di Semenyih sebelum dan selepas kebakaran.
A
A
A

KAJANG - Kebakaran hutan Bukit Broga di Semenyih, di sini yang bermula sejak Ahad, padam sepenuhnya pada awal pagi Isnin.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Wan Md Razali Wan Ismail berkata, operasi pemadaman ditamatkan pada 3.30 pagi, selepas api padam sepenuhnya pada jam 2.30 pagi.

"Seramai 28 anggota dan pegawai bersama jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Semenyih, BBP Bangi dan BBP Ampang terlibat dalam operasi tersebut.

"Kebakaran membabitkan kawasan hutan di atas puncak Bukit Broga anggaran seluas lima ekar (dua hektar).

"Kebakaran mudah merebak ke beberapa tompok api disebabkan tiupan angin di sekitar bukit," katanya dalam kenyataan pada Isnin.

Wan Md Razali berkata, pihaknya yang tidak mempunyai akses kenderaan ke lokasi kebakaran menyebabkan anggota bomba perlu memanjat ke puncak bukit kira-kira 30 ke 45 minit untuk ke lokasi itu.

"Pemadaman giat dijalankan dengan menggunakan 'fire beater' berikutan ketiadaan sumber air.

"Tindakan operasi ialah untuk menyekat api merebak di sekitar bukit, selain memadamkan kebakaran sepenuhnya," katanya.

Artikel Berkaitan:

Antara pegawai dan anggota bomba yang terlibat dalam operasi memadamkan kebakaran hutan di Bukit Broga pada Isnin.
Antara pegawai dan anggota bomba yang terlibat dalam operasi memadamkan kebakaran hutan di Bukit Broga pada Isnin.

Pada Ahad, Sinar Harian melaporkan kejadian itu diterima pada jam 7.39 malam, sebelum sepasukan anggota bersama satu jentera dari BBP Semenyih dikejarkan ke lokasi untuk memadam kebakaran.

Kawasan hutan yang terbakar dianggarkan berkeluasan 0.8 hektar dan kerja memadam kebakaran giat dijalankan.

Terdahulu, tular beberapa rakaman video di media sosial berhubung kebakaran yang berlaku di Bukit Broga yang terkenal sebagai satu daripada destinasi popular untuk aktiviti pendakian.

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28