Resepi Ayam Goreng Kunyit & Sambal Paling Mudah dan Sedap

Dah puas makan rendang ayam, ayam masak merah, ayam golek, ayam percik, tekak teringin pulak nak makan ayam goreng kunyit simple ngan sambal merecik. 

Biasa kalau masak menu ni sendiri rasanya tak sama macam kat kedai. Kali ni iols kasi resepi ayam goreng kunyit macam selalu order kat kedai tom yam tu. Senang jer!

Bahan-bahan: 

  • 600gram dada ayam (dipotong dadu)
  • 1 gram tepung jagung
  • 10gram tepung beras
  • 1 sudu besar serbuk kunyit
  • 1 sudu besar serbuk kari
  • 1 kiub pati ayam
  • Sedikit air
  • Garam secukup rasa
  • 1 labu bawang besar
  • Lobak merah (hiris panjang)
  • Kacang panjang (potong panjang)
  • Minyak masak untuk menggoreng

Langkah Penyediaan:

  • Perap dada ayam dengan tepung jagung, tepung beras, serbuk kunyit, serbuk kari,  kiub pati ayam dan garam selama lebih kurang 30 minit .
  • Panaskan minyak masak. Pastikan minyak cukup sampai ayam tenggelamsepenuhnya  dalam minyak.
  • Goreng ayam sampai masak. Masukkan bawang besar, lobak merah dan kacang panjang. Kacau sekejap.
  • Angkat dan toskan.

 

Bahan untuk Sambal Cili Merah

Bahan bahan:

  • 3 tangkai cili merah 
  • 5 tangkai cili padi merah
  • 1/2 sudu besar gula
  • Sedikit garam
  • Sedikit belacan – opsyenal
  • 1 biji limau kasturi/limau nipis

 

Langkah Penyediaan:

  • Tumbuk cili sehingga hancur. Masukkan gula dan garam. Tumbuk lagi. Akhir sekali masukkan perahan air limau. Jangan terlalu hancur, biarkan kasar kasar sedikit. 

 

Jangan lupa untuk sediakan sambal sekali. Kena dengan nasi panas, baru menyengat!

Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk uols!

Stay tuned untuk next artikel okay, sebab kami akan menunjukkan resepi yang lebih menarik untuk uols try!

Gunalah bahan yang lebih segar dari TFVM yang telah menyajikan pelbagai produk untuk uols sejak 1957 melalui 41 cawangan seluruh Malaysia. So jangan lupa singgah, sebab TFVM sentiasa menyediakan barangan segar untuk anda SETIAP HARI!