Semua murid dibenar pakai pakaian tradisi aktiviti kebudayaan - KPM

Semua murid dibenar pakai pakaian tradisi aktiviti kebudayaan – KPM

SEBAHAGIAN murid memakai pakaian tradisional kebudayaan bagi sambutan Hari Malaysia di SK Pantai, Labuan. - GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) menjelaskan, semua murid dibenarkan memakai pakaian tradisi yang bersesuaian dan sopan sewaktu menghadiri aktiviti kebudayaan dan kesenian di sekolah.

KPM dalam kenyataan memaklumkan, perkara itu berdasarkan Surat Pekeliling Ikhtisas (SPI) Bil. 3/1984: Garis Panduan Mengenai Aktiviti-Aktiviti Kebudayaan di Sekolah-Sekolah.

Merujuk kepada isu tular yang dilaporkan beberapa portal berita melibatkan isu berkenan, KPM berkata, murid-murid sekolah terbabit dibenarkan untuk memakai pakaian tradisi mengikut kaum masing-masing dan pakaian tradisi kaum lain.

“Kebenaran juga diberi kepada murid-murid untuk memakai hiasan tambahan seperti gelang, rantai dan aksesori mengikut kesesuaian pakaian tradisi,” katanya hari ini.

Pada masa sama, KPM berkata, pihak sekolah terbabit telah mengambil langkah proaktif dengan mengadakan perbincangan bersama wakil ibu bapa dan murid-murid.

Katanya, penambahbaikan kepada penganjuran aktiviti yang dirancang dilakukan oleh pihak sekolah dan isu yang berbangkit dapat diselesaikan dengan baik.

“KPM sentiasa menggalakkan penglibatan murid-murid dalam aktiviti kebudayaan dan kesenian yang bertujuan memupuk semangat perpaduan dalam kalangan masyarakat berbilang kaum di Malaysia,” katanya.

Terdahulu tular isu sebuah sekolah di Selangor yang didakwa menghalang pelajar daripada berpakaian tradisional kaum lain semasa sambutan Merdeka. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya