Wajah kanak-kanak satu Malaysia di STB

Wajah kanak-kanak satu Malaysia di STB

HASNI Fazlina Hassan, (kiri) menyiapkan anaknya dengan pakaian bertemakan gabungan tradisional, Tionghoa dan puteri Perak sempena majlis penutup bulan Kebangsaan peringkat Sekolah Tengku Budriah (STB), Arau, Perlis semalam. – UTUSAN/MOHD. HAFIZ ABD. MUTALIB
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Suasana di Sekolah Tengku Budriah (STB), Arau  meriah pada majlis penutup bulan Kebangsaan peringkat sekolah berkenaan dengan murid-muridnya segak dan menawan memperagakan pakaian meliputi pelbagai kaum dan etnik sempena Hari Malaysia itu.

Malah, ibu bapa juga dilihat memberi sokongan cukup baik dengan ada dalam kalangan mereka tidak kisah berhabisan ratusan ringgit menyiapkan anak-anak dengan pakaian tradisional selain busana mengikut tradisi kaum dan etnik masing-masing meliputi Melayu, Siam, India, Kadazan, Bidayuh dan pelbagai lagi.

Antara aktiviti sempena majlis berkenaan adalah seperti pertandingan pakaian beragam, persembahan dari murid pra sekolah dan Program Pendidikan Khas Integrasi (PKKI), persembahan koir serta choral speaking selain persembahan sajak dan guru-guru.

Penolong Kanan Hal Ehwal Murid STB, Zalida Ismail berkata, majlis penutup bulan Kebangsaan peringkat sekolah berkenaan mendapat sambutan cukup memberangsangkan termasuk dalam kalangan ibu bapa yang memberikan sokongan menyediakan pakaian bertemakan hari Malaysia itu buat anak-anak.

Seorang ibu, Hasni Fazlina Hassan,38, pula berkata, anaknya yang berusia sembilan tahun memperagakan pakaian bertemakan gabungan tradisional, Tionghoa dan puteri Perak.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya