Mangkuk tingkat berharga RM1,000 jadi tarikan AKM

Mangkuk tingkat berharga RM1,000 tarikan Aspirasi Keluarga Malaysia

NOR Fadilah Mohamed Nizar menunjukkan mangkuk tingkat pelbagai bentuk dan corak di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur, semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Jika sebelum ini mangkuk tingkat hanya dijadikan sebagai bekas makanan semata-mata dan bukan dikategorikan sebagai barangan berharga, namun, mangkuk tingkat kini dijadikan sebagai sebahagian koleksi yang penuh seni dan berwarna-warni.

Malah, nilai dan harga mangkuk tingkat melonjak naik dengan ukiran serta corak yang sudah pastinya memukau rata-rata pengunjung dalam Program 100 Hari Aspirasi Keluarga Malaysia.

Paling menarik, mangkuk tingkat yang sebelum ini kosong tanpa seni kini mampu dijual sehingga mencecah RM1,000.

Menurut Pengasas Tiffin Jeiwa, Nor Fadilah Mohamed Nizar berkata, semua idea dan corak seni dihasilkan sendiri tanpa penggunaan bahan beracun serta selamat untuk digunakan.

PELBAGAI jenis dan corak mangkuk tingkat boleh dibeli pada Program 100 Hari Aspirasi Keluarga Malaysia.

“Mangkuk tingkat kami ada pelbagai corak yang amat sesuai digunakan. Walaupun berwarna warni, kami pastikan ia selamat, tahan lama dan sesuai untuk mengisi makanan atau minuman. Paling penting, kami bukan hanya menjual mangkuk tingkat semata-mata, tetapi kami jual seni ukiran. Setiap mangkuk tingkat ada nama sendiri seperti full moon, magnificent dan pelbagai lagi.

“Corak ukiran dan seni ini adalah eksklusif dan harga bergantung kepada jenis-jenis seni yang kami ketengahkan. Untuk edisi pertama kami ada 80 corak dan untuk edisi baru kami ada 20 corak yang semuanya mampu menambat hati orang ramai,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini semalam.

Program 100 Hari Aspirasi Keluarga Malaysia bermula dari 9 sehingga 12 September di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) menampilkan pelbagai aktiviti dan pameran.

Dalam pada itu, Nor Fadilah yang sebelum ini merupakan penjawat awam berkata, idea untuk menghasilkan produk berkenaan tercetus selepas dia berhasrat untuk menubuhkan pusat komuniti.

“Saya mula menjual produk ini pada Disember 2018 dan pada masa itu tercetus hasrat untuk tubuhkan pusat komuniti. Namun jika mahu membuka pusat komuniti, perlu ada perniagaan.

“Jadi bermula dari situlah saya terus mula secara perlahan-lahan sehinggalah berjaya hari ini,” jelasnya.

Selain mangkuk tingkat, Nor Fadilah turut menjual bekas makanan dan cerek minuman yang dihiasi pelbagai corak dengan harga bermula RM280 sehingga lebih RM1,000. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya