Anda di sini

Dua beradik Orang Asli Brazil hilang di hutan Amazon ditemui selamat

Advertisement
Dua beradik yang hilang di Hutan Amazon tiba di hospital untuk menerima rawatan lanjut di Brazil. — Gambar AFP
Dua beradik yang hilang di Hutan Amazon tiba di hospital untuk menerima rawatan lanjut di Brazil. — Gambar AFP

MANAUS: Dua kanak-kanak lelaki Orang Asli Brazil berusia tujuh dan sembilan tahun ditemui selepas 25 hari hilang di hutan hujan Amazon, di mana mereka memakan buah dan minum air hujan untuk terus hidup, kata pihak berkuasa kelmarin. 

Adik-beradik, Glauco, 7, dan Gleison, 9, ditemui pada Selasa 35 kilometer dari tempat mereka hilang, kelaparan dan kurang air tetapi selain itu baik-baik saja. 

“Mereka mengalami kekurangan zat makanan dan kekurangan air yang teruk, tetapi berat badan mereka semakin bertambah tanpa memberi risiko kepada kehidupan mereka,” kata Januario Carneiro da Cunha Neto, seorang pegawai kesihatan Orang Asli di bandar Manaus.

Kanak-kanak lelaki tersebut merupakan ahli kumpulan Orang Asli Mura, hilang pada 18 Februari, ketika mereka meninggalkan kampung mereka di daerah Manicore di negeri Amazon dan memasuki hutan hujan untuk memburu burung.

“Mereka terselamat dengan air hujan, air tasik dan sorva,” buah tempatan yang kaya dengan karbohidrat dan lemak, kata Carneiro.

Pihak berkuasa telah menghentikan pencarian kanak-kanak tersebut. Tetapi penduduk Orang Asli tempatan terus mencari mereka, sehingga suatu hari seorang rakan keluarga menemui mereka secara kebetulan semasa keluar mengumpul kayu, kata Carneiro.

Dia mengatakan bahawa abang telah mendukung adiknya di punggungnya kerana dia sudah terlalu lemah untuk berjalan.

Pada Khamis kanak-kanak demikian telah dibawa ke sebuah hospital di Manaus dan sedang dirawat untuk beberapa luka dan jangkitan, tetapi mereka terselamat daripada terserempak dengan ular atau hidupan liar lain. — AFP 
 

Advertisement