Bahan - Bahan Kitar Semula



BAHAN-BAHAN KITAR SEMULA

Terdapat 3 jenis kategori bahan-bahan untuk kitar semula




Tong Biru : Kertas


Semua kertas berwarna dan tidak berwarna 

Termasuk : akhbar, majalah, buku, healian kertas katalog, risalah, kalendar, kad, sampul surat, kotak kadboard

Tidak termasuk : kertas tisu, kertas karbon, kertas minyak/aluminium, kertas berlapis plastik, kertas yang kotor




Tong Coklat : Kaca


Semua kaca yang berwarna dan tidak berwarna

Termasuk :  botol minuman ringan, balang makanan, botol vitamin, botol kosmetik

Tidak termasuk : kristal cermin, cermin tingkap, skrin kenderaan, porselin, seramik, logam, peralatan makmal, botol bahan toksik




Tong Oren :  Tin aluminium, tin keluli, plastik


Semua jenis aluminium dan tin keluli. Plastik yang berwarna dan tidak berwarna

Termasuk : tin minuman ringan, bekas makanan,  beg plastik membeli belah, botol minuman, bekas makanan, 

Tidak termasuk : bekas cat, bekas peralatan toksik, peralatan makmal




Comments

Popular posts from this blog

Konsep 3R

Aktiviti Kitar Semula