The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by expgamer451, 2021-12-18 10:34:27

Amalan Kitar Semula di Kampung Bahru

Raiyan Nabeel

Amalan Kitar Semula di Kampung Bahru,
Johor Bahru

Nama: Raiyan Nabeel bin Isman Yassin
Tingkatan: 3 Sapphire
Guru: Puan Hanifah binti Jamaluddin
Pelajaran: Geografi

Kandungan

1.0 Penghargaan..................................................................... 3
2.0 Pendahuluan..................................................................... 3
3.0 Objektif Kajian .................................................................. 4
4.0 Kawasan Kajian ................................................................. 5
5.0 Kaedah Kajian ................................................................... 6
6.0 Hasil Kajian ....................................................................... 7
7.0 Rumusan......................................................................... 10
8.0 Rujukan........................................................................... 10
9.0 Lampiran......................................................................... 12

1.0 Penghargaan

Saya ingin mengucapkan beri-ribuan terima kasih kepada
Tuan Pengetua SMK Sultan Ismail, Encik Razali bin Tamadi
yang telah membenarkan saya menjalankan kajian ini dengan
sepenuhnya. Saya juga ingin mengambil kesempatan untuk
berterima kasih kepada guru Geografi saya, Puan Hanifah
binti Jamaluddin yang telah mengorbankan masa dan titik
peluhnya untuk membimbing saya sepanjang tempoh masa
kerja lapangan ini. Tidak lupa juga berterima kasih kepada ibu
bapa kesayangan saya kerana memberi sokongan kepada
saya.

2.0 Pendahuluan

Kerja lapangan ini dijalankan untuk mengetahui dan
mengenalpasti jika amalan kitar semula diadakan di
persekitaran rumah sendiri. Bagi saya, iaitu kawasan
Kampung Bahru. Semasa menjalankan kerja tersebut, saya
telah mempelajari cara untuk mengendalikan soal selidik dan
temu bual. Saya diberi masa selama 4 minggu untuk
menyiapkan kerja lapangan ini. Kerja-kerja pengumpulan
data diadakan selepas waktu persekolahan manakala kerja
penulisan laporan diadakan semasa waktu pengajaran dan
pembelajaran mata pelajaran Geografi.

3.0 Objektif Kajian

Kajian lapangan ini dijalankan di kawasan Kg. Bahru bagi
mencapai objektif-objektif berikut:

• Menjelaskan konsep dan takrif amalan kitar semua di
Kampung Bahru, Johor Bahru.

• Mengenal pasti jenis-jenis bahan yang boleh dikitar
semula.

• Menjelaskan kepentingan amalan kitar semula dan
halangan atau cabaran yang dihadapi untuk
menjalankan amalan tersebut.

• Mencadangkan usaha yang dapat dilakukan untuk
memastikan amalan kitar semula ini dapat dijalankan di
kawasan Kampung Bahru.

4.0 Kawasan Kajian

Kampung Bahru dijadikan kawasan kajian saya. Kampung
Bahru merupakan satu mukim di Johor Bahru. Pola
petempatan di kawasan ini adalah padat. Terdapat
infastruktur yang lengkap di kawasan ini. Berikut merupakan
peta yang menunjukkan kawasan perumahan saya:

5.0 Kaedah Kajian

Kajian ini dijalankan menggunakan kaedah-kaedah berikut:

1. Pemerhatian: Saya telah membuat pemerhatian di
kawasan Kampung Bahru tentang amalan kitar semula
yang dijalankan.

2. Rujukan: Saya telah merujuk kepada beberapa sumber
untuk melengkapkan kajian saya.

3. Soal selidik: Saya telah menyerahkan borang soal selidik
dalam bentuk Google Form kepada 10 orang penduduk
di persekitaran Kampung Bahru untuk mendapatkan
maklumat tentang amalan kitar semula yang dijalankan
di Kampung Bahru.

6.0 Hasil Kajian

1. Konsep dan takrifan amalan kitar semula
Menurut United States Environmental Protection
Agency (EPA), amalan kitar semula merujuk kepada
proses mengumpul dan memproses bahan buangan dan
menggunakan bahan tersebut untuk menghasilkan
produk baharu. Kesannya, tiada pembaziran sumber
yang berlaku dan dapat menjimatkan kos.

2. Jenis bahan-bahan
• Plastik. Jumlah bahan dikitar semula yang paling
tinggi. Contohnya, botol air plastik, beg plastik dan
straw minuman.
• Kertas. Jumlah bahan dikitar semula kedua paling
tinggi. Contohnya, beg kertas, surat khabar dan
kadbod.
• Logam. Jumlah bahan dikitar semula ketiga paling
tinggi. Contohnya, tin minuman, atap rumah zinc
dan pagar besi.
• Kaca. Jumlah bahan dikitar semula paling rendah.
Contohnya, botol kaca, bingkai gambar dan kaca
mata.

3. Kepentingan amalan kitar semula
• Menjana pendapatan. Hal ini demikian kerana sisa
makanan yang dikitar semula boleh dijadikan baja
kompos. Dengan itu, penanaman tumbuhan lebih
subur akan menjana pendapatan jika dapat dijual
seperti sayur-sayuran atau buah-buahan.
• Menjimatkan sumber semula jadi. Hal ini demikian
kerana amalan kitar semula menggunakan bahan
yang sudah ada dan mengelakkan daripada
menggunakan sumber semula jadi terlalu banyak.
Kesannya, mengurangkan kos.
• Mewujudkan persekitaran yang sihat, bersih dan
selesa. Hal ini demikian kerana amalan ini
mengurangkan jumlah sampah sarap atau barang
buangan di persekitaran. Tambahan pula,
mengurangkan sampah di tapak pelupusan
sampah. Kesannya juga mengurangkan kadar
pencemaran udara, air dan tanah.
• Mengurangkan kesan rumah hijau. Hal ini demikian
kerana amalan kitar semula dapat mengurangkan
penggunaan tenaga untuk pemprosesan bahan.
Contohnya, di kilang gas karbon monoksida
dikeluarkan akibat pembakaran bahan api fosil
maka kitar semula dapat mengurangkan akitiviti di
kilang tersebut.

4. Cabaran yang dihadapi

• Tiada kemudahan tong kitar semula. Kesannya,
penduduk tempatan tiada tempat untuk
menyimpan barangan kitar semula mereka.

• Tiada pusat kitar semula. Di kawasan Kampung
Bahru, tiada pusat kitar semula yang berdekatan.
Jadi, menyukarkan akitiviti kitar semula ini.

• Penduduk tempatan tidak sedar akan kepentingan
berkitar semula. Kesannya, mereka tidak
mengamalkan amalan tersebut.

5. Usaha yang boleh dijalankan
• Menyediakan tong kitar semula di beberapa jalan di
Kampung Bahru. Dengan ini, penduduk boleh ke
tong tersebut untuk mengitar semula.
• Mengadakan kempen kesedaran untuk memastikan
penduduk tempatan sedar akan kepentingannya
mengitar semula.
• Membina pusat kitar semula di Kampung Bahru
untuk memudahkan aktiviti tersebut berlaku.

7.0 Rumusan

Kajian mendapati bahawa kawasan Kampung Bahru perlu
menjalankan amalan kitar semula ini untuk melestarikan
persekitaran dan menyelesakan kehidupan penduduk. Usaha-
usaha yang telah dibncangkan perlu dilaksanakan untuk
memastikan amalan kitar semula ini dilakukan dalam
kalangan penduduk Kampung Bahru.

8.0 Rujukan

Buku

• Ahmad Ridzuan bin Abdul Rahman, Rajini Gauri
Muthusamy dan Pau Anak Utek. 2018. Buku Teks KSSM
Geografi Tingkatan 3. IMS BOOKS TRADING SDN. BHD.

• Dr. Thanapackiam a/p Periasamy, Zulkipli Ismail, Rohani
Hamzah, Rossnita Sardi dan Mohammad Ismail. 2019.
Success Geografi Tingkatan 1-3. Oxford Fajar SDN. BHD

Orang Sumber

• Encik Isman Yassin, 50 tahun, 0503 Palm Gardens
Condominium, Jalan Mariamah 7, Kampung Bahru,
Johor Bahru

• Puan Fatimah Abdul Rahman, 80 tahun, 41D Jalan Abdul
Samad, Kampung Bahru, Johor Bahru

Internet

• https://kingcounty.gov/depts/dnrp/solid-
waste/programs/climate/climate-change-
recycling.aspx#:~:text=Recycling%20helps%20reduce%2
0greenhouse%20gas,extracting%20or%20mining%20virg
in%20materials.

• https://www.epa.gov/recycle/recycling-basics
• https://en.wikipedia.org/wiki/Recycling

9.0 Lampiran

.


Click to View FlipBook Version