Melewati fasa terakhir 2021, sudah pasti pelbagai perkara yang berlaku dalam kehidupan termasuklan perubahan bentuk fizikal badan.
Kalau sudah namanya artis, pasti segala aspek penampilan dan juga penjagaan tubuh badan akan menjadi perhatian umum.
Ada beberapa nama pada tahun ini yang menjadi perbualan ramai disebabkan perubahan bentuk badan mereka yang semakin fit, tegap dan sasa berbanding sebelum ini.
Dengan mengamalkan gaya hidup sihat, mengawal pemakanan dan rajin bersenam, boleh dikatakan perubahan mereka sesuai dengan frasa di mana ada kemahuan di situ ada jalan.
Ini senarai lima artis kacak yang semakin fit dan sado pilihan Gempak
1. Syafi Tee
Walaupun baru sahaja memulakan karier lakonan sekitar dua tahun lalu, tidak dinafikan nama Syafi Tee antara menjadi sebutan peminat.
Bukan hanya kerana penampilannya sahaja malah Syafi juga hadir dengan pakej lengkap dengan memiliki wajah yang kacak.
Untuk yang belum mengetahui, Syafi merupakan anak kepada pendakwah terkenal, Ridhuan Tee.
Baru-baru ini, Syafi teleh membuatkan peminatnya ‘pengsan’ apabila memuat naik sepotong video yang memperlihatkannya mengenakan baju Melayu berona hijau lengkap dengan songkok.
BACA: Peminat Terpesona Lihat Syafi Tee Pakai Baju Melayu, Songkok - “Saya Sudah Jumpa Suami Saya”
Nampaknya ramai pula yang memiliki hasrat untuk menjadikan Syafi sebagai suami ya? Amboi-amboi.
2. Asad Motawh
Perubahan Asad antara yang hangat diperkatakan oleh peminat. Tidak hanya berbadan sado, penampilan Asad kini juga kelihatan sedikit matang.
Asad juga pernah mengejutkan peminatkan apabila memuat naik foto tidak berbaju dan menayangkan bahagian perutnya yang ada six pack tau!
3. Ismail Izzani
Jika sebelum ini Ismail Izzani pernah diusik netizen kerana badannya yang terlalu kurus namun kini segalanya sudah berubah!
Ismail atau lebih mesra dengan panggilan Mail ini mengambil inisiatif untuk menjaga badannya kerana tidak mahu kelihatan terlalu kurus. Hasilny? Voilah! Memang menjadi!
Lagi-lagi sejak dunia dilanda pandemic COVID-19 dan perlu melalui fasa Perintah Kawalan Pergerakkan, perkara itu juga membuatkan Mail menghabiskan masa dengan bersenam.
BACA: FOTO: Badan Makin Fit! Ismail Izzani Nampak Lebih kacak – “Berat Bertambah Buat Saya Lebih Yakin”
Kalau dulu orang kata Mail ni kelihatan biasa-biasa namun tahun ini anak kepada penyanyi, Suliza Salam itu nampak semakin kacak!
4. Luqman Faiz
Luqman Faiz juga tidak ketinggalan pernah menjadi mangsa kutukan hanya kerana penampilan dan wajahnya tidak kacak sebelum ini.
Disebabkan itu juga Luqman meminta netizen jangan menilai seseorang individu hanya berdasarkan penampilannya.
Tahun boleh berubah apatah lagi orang kan?
Terbaharu, ramai pula yang volunteer untuk menjadi suri hati dalam hidup Luqman selepas melihat penampilan kacaknya ketika menghadiri majlis perkahwinan Haqiem Rusli. Sejum mata memandang ke tu?
BACA: Luah Perasaan Mencari Cinta Di TikTok, Peminat Volunteer Nak Jadi Isteri Luqman Faiz - “Saya Ada Je Ni Tengah Masak Air”
5. Sean Lee
Sebut sahaja nama Sean Lee sudah pasti secara automatik akan teringat dengan panggilan oppa.
Masakan tidak, setiap kali Sean memuat naik foto terbaharu, pasti ada sahaja gelaran oppa di ruangan komen.
Sean juga boleh dikatakan hadir dengan pakej lengkap, tidak hanya bersandarkan rupa dan fizikal yang menarik seperti pelakon Korea namun bakatnya dalam lakonan juga mantap.
Antara drama lakonannya adalah My Coffee Prince, Sweet Dreams, Jujurlah Nikahi Aku, 7 Hari Mencintaiku 2, dan The Hotel.
Mya Amri
Wed Dec 15 2021
Lelaki Selamba Bawa 10 Ekor Anaconda Dalam Beg Dari Thailand Ke India
Tanpa rasa takut, seorang lelaki membawa 10 ekor ular jenis Anaconda dalam beg yang dibawa naik ke pesawat sewaktu ‘terbang’ dari Bangkok, Thailand dan selamat mendarat di Bengaluru, India.
Bapa Ditangkap Curi Sekotak Susu Demi Anak Menangis Kelaparan, Kedai Beri 13 Yang Baru!
Demi anak yang kelaparan, seorang bapa sanggup melakukan apa sahaja termasuk mencuri sekotak susu.
Mahukan Percutian Best? Ini 5 Sebab Ohsem Kenapa Melbourne Destinasi Sesuai Untuk Musim Luruh & Sejuk
Bestnya!
DROGBA & ROONEY | TELEMOVIE GEMPAK
Kisah Johan dan Zizan yang taksub dengan pasukan pilihan mereka iaitu Manchester United dan Chelsea. Saksikan aksi lucu Johan dan Zizan dibantu Ozlynn Wati dalam Drogba & Rooney.
Danial tau pasal nasi impit terhimpit | YES TUAN EP 3
Sketsa lucu masalah yang berlaku di balai polis planet Zuhal. Macam-macam ragam terjadi bila nak sambut raya. Layan sketsa lucu oleh Shuk Sahar, Danial Zaini & Nizam Jentik-Jentik bersama tetamu undangan.
Video lucu di website gempak.com/zon-lawak
Video lucu di website gempak.com/zon-lawak
"Dia Terlalu Baik Untuk Saya" - Farisha Iris Tak Jadi Kahwin Hujung Tahun Ini
Impian tamatkan zaman bujang tak kesampaian.
Rusdi Ramli Jawab Spekulasi Rumah Tangga Goyah: “Bercerai? Siapa Cakap?”
Aktor dan pengarah Rusdi Ramli akhirnya membuka mulut tentang spekulasi rumah tangga yang dibina bersama komposer Sharon Paul yang dikhabarkan berada di hujung tanduk.
Punca Ria Ricis Berkeras Mahu Cerai Terjawab, Suami Suka Lebihkan Sahabat
Polemik rumah tangga pasangan selebriti Ria Ricis dan Teuku Ryan masih belum dapat diselesaikan dan sedang berjalan di mahkamah.
Uqasha Senrose Selamat Bersalin, Beri Nama Uqaira
Pelakon Uqasha Senrose mengumumkan telah selamat melahirkan puteri sulungnya pada awal pagi Sabtu.
Terlalu Banyak Episod, Netizen Gigih Lukis Peta Minda Kronologi Kes Aliff Aziz Untuk Kefahaman Semua!
Kontroversi yang melibatkan Sarah Yasmine, Aliff Aziz, Bella Astillah dan Ruhainies mendapat perhatian ramai seteleh Sarah tampil membuat pendedahan bertubi-tubi baru-baru ini.