TRIVIA KEMERDEKAAN: LOGO HARI KEBANGSAAN 2022

DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021-2025

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 3: KESEPADUAN NASIONAL (SEMANGAT PATRIOTISME)

Tanggal 31 Ogos merupakan hari bersejarah bagi rakyat Malaysia kerana 65 tahun yang lalu iaitu pada 31 Ogos 1957, Persekutuan Tanah Melayu telah mendapat kemerdekaan daripada Kerajaan British. Sebagai manifestasi wadah perjuangan segenap lapisan masyarakat bersama pemimpin yang menuntut kedaulatan, kebebasan dan kemerdekaan, Malaysia telah mengisytiharkan 31 Ogos sebagai Hari Kebangsaan yang turut dikenali sebagai Hari Kemerdekaan.

Hari Kebangsaan di Malaysia merupakan antara sambutan yang mempunyai logonya yang tersendiri. Ini adalah kerana tidak seperti sebilangan negara lain, Kerajaan Malaysia melihat logo sebagai salah satu elemen penting yang dapat mengajak rakyat bersatu padu, bersyukur dan menjiwai erti kemerdekaan. Logo Hari Kebangsaan mula diperkenalkan pada tahun 1976 iaitu 19 tahun selepas Persekutuan Tanah Melayu mendapat kemerdekaan. Bagi tahun 2022, logo dan tema Hari Kebangsaan telah diperkenalkan pada 1 Julai 2022 dengan bertemakan ‘#Keluarga Malaysia Teguh Bersama’.

Logo Hari Kebangsaan pada tahun 2020 adalah berkonsepkan Jalur Liputan Internet yang melambangkan pembangunan infrastruktur, sistem komunikasi serta pendigitalan yang semakin maju dan berkembang untuk kemudahan rakyat. Jalur ini berwarna merah, biru dan kuning menggambarkan cerminan Keluarga Malaysia terdiri daripada pelbagai latar belakang dan kaum yang mempunyai jati diri, semangat patriotik dan hidup dalam keadaan harmoni. Titik merah yang terletak di bawah jalur melambangkan jati diri dan semangat patriotik yang menjadi teras pembentukan negara berdaulat dan berwawasan manakala kedudukannya yang berselang-seli melambangkan keterbukaan dalam meraikan perbezaan dan kepelbagaian demi kemajuan bersama.

Frasa di bawah logo iaitu ‘Keluarga Malaysia’ merujuk kepada masyarakat hidup aman damai dan bersatu padu dalam keterangkuman, kebersamaan dan kesyukuran manakala frasa ‘Teguh Bersama’ mendukung maksud kekuatan dan kesepaduan yang dicapai secara kolektif dan mampan.

Artikel/Berita Terkini

JUMLAH MISKIN TEGAR DI TERENGGANU BERKURANGAN SEBANYAK 3,268

Statistik jumlah miskin tegar di Terengganu menunjukkan jumlah pengurangan sebanyak 3,268 keluarga dalam tempoh empat bulan pada tahun ini. Timbalan …
Maklumat Lanjut

KERAJAAN NEGERI HARGAI PERANAN MEDIA DI SABAH

KOTA KINABALU (7 Mei): Kerajaan negeri menghargai peranan dan kerjasama media selama ini terutama dalam memberi laporan berkaitan segala usaha …
Maklumat Lanjut

PELAJAR DI NEGARA BERGOLAK DIMINTA KEMASKINI MAKLUMAT KEPADA KEDUTAAN

BONGAWAN (6 Mei): Pelajar terutama di negara bergolak, diminta untuk sentiasa mengemaskini maklumat dan lokasi kepada pejabat kedutaan. Timbalan Menteri …
Maklumat Lanjut