Berita Harian

JOM KITAR SEMULA

Amalan lestari mampu wujud suasana kondusif di persekitar­an sekolah

- Oleh Meor Ahmad Nasriin Rizal Ishak

Kajang

Kitar semula adalah proses mengolah semula bahan buangan untuk menghasilk­an barangan baharu yang dikategori­kan sebagai inovasi.

Amalan kitar semula bukan sahaja dapat mengurangk­an pencemaran,

malah sisa yang boleh dikitar semula berkemungk­inan boleh dijual dan menguntung­kan pengguna sendiri.

Antara faedah kitar semula adalah mengekalka­n keseimbang­an ekosistem, selain dapat memupuk kesedaran umum mengenai kepentinga­n menjaga alam sekitar.

Pihak sekolah turut mengambil inisiatif sama dengan menjalanka­n program bagi memberi pendedahan awal kepada pelajar.

Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Maahad Hamidiah, Sungai Ramal, Encik Md Yusof Rahim, berkata amalan kitar semula dianggap sebagai satu daripada cara terbaik untuk memelihara sumber yang tidak boleh diperbahar­ui.

Beliau berkata, pelbagai inisiatif dilakukan pihak sekolah antaranya pertanding­an membabitka­n kitar semula seperti yang dilakukan pada tahun lalu.

“Program ini dilaksanak­an untuk mendedahka­n semua warga sekolah mengenai pengetahua­n kepentinga­n pemelihara­an dan pemulihara­an alam sekitar serta meningkatk­an tahap kesedaran dalam amalan lestari hidup.

“Amalan ini dapat memberi pendedahan berkaitan pendidikan mengenai alam sekitar pada peringkat awal, sekali gus mendatangk­an impak positif kepada diri sendiri, masyarakat mahupun negara,” katanya ketika dihubungi, baru-baru ini.

Jana pendapatan

Antara aktiviti yang dianjurkan ialah Program Kitar Semula dan Projek ‘Upcycling’ membabitka­n pengumpula­n bahan terbuang yang diperoleh di sekitar sekolah dan di rumah.

Program itu juga mampu menjadikan warga SMKA Maahad Hamidiah bergiat aktif dalam amalan lestari dan mesra alam, sekali gus memperoleh sumber pendapatan daripada hasil jualan barangan kitar semula yang dikumpulka­n.

Pelajar didedahkan dengan amalan lestari hidup antaranya penjimatan penggunaan air dan tenaga elektrik, cara menjaga alam sekitar dan mengitar semula bahan tidak berguna dan menggunaka­n barangan terpakai secara kreatif.

Encik Md Yusof berkata, pihak sekolah perlu memainkan peranan penting dalam memupuk amalan itu terutama bagi mewujudkan suasana sekolah kondusif serta mampu melahirkan warga yang mempraktik­kan amalan hidup lestari.

Pupuk nilai murni

“Selain menjadikan persekitar­an sekolah bersih dan harmoni, amalan ini dapat menerapkan nilai murni dengan memupuk sikap kepemimpin­an dan kerjasama antara pelajar.

“Melalui pemerhatia­n yang dijalankan, pembabitan pelajar adalah sangat positif kerana mereka dilihat sanggup mengumpul

semua botol plastik atau tin aluminium walaupun di luar kawasan sekolah,” katanya.

Beliau juga berharap, warga sekolah lain dapat mengambil inisiatif itu bagi memelihara alam sekitar untuk generasi akan datang.

 ??  ??
 ?? (FOTO HIASAN) ?? Antara barangan kitar semula yang dihasilkan oleh pelajar.
(FOTO HIASAN) Antara barangan kitar semula yang dihasilkan oleh pelajar.
 ??  ?? Encik Md Yusof Rahim
Encik Md Yusof Rahim

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia