Aktiviti kitar semula budaya pelajar SMK Lepar Hilir - Asmaiani

Aktiviti kitar semula budaya pelajar SMK Lepar Hilir – Asmaiani

KITAR semula menjadi budaya guru dan pelajar di SMK Lepar Hilir di Kuantan, Pahang.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN: Aktiviti kitar semula merupakan budaya guru dan pelajar di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Lepar Hilir di sini sejak sebelum pandemik Covid-19.

Memasuki fasa peralihan endemik, aktiviti ini kembali rancak dengan sokongan dan kerjasama seluruh warga SMK Lepar Hilir termasuk Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) serta penglibatan ibu bapa, komuniti dan sektor swasta (PIBKS).

Pengetua SMK Lepar Hilir, Asmaiani Nan berkata, sekolah itu mempunyai jaringan hubungan yang baik bersama syarikat swasta seperti Alam Flora Sdn. bhd. (Alam Flora), Synergy Trading Sdn. Bhd. dan beberapa lagi syarikat lain yang terlibat menguruskan bahan kitar semula.

Selain itu, katanya, ia dimantapkan lagi dengan penyertaan pelajar melalui kempen #bermuladengansaya yang mana kelas 3 Sejahtera menjadi kelas perintis bagi projek tersebut.

“Semua pelajar SMK Lepar Hilir diminta untuk membawa satu barang kitar semula pada setiap hari ke sekolah untuk dikumpulkan.

“Di samping itu, projek inovasi perangkap nyamuk menggunakan bekas minuman terpakai, Recycle Led Solar Lamp serta johan dalam pertandingan 3K peringkat negeri Pahang juga merupakan antara bukti yang menunjukkan seluruh warga SMK Lepar Hilir serius dalam usaha menjulang aktiviti kitar semula sebagai kebitaraan sekolah,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Pengerusi Kelab Alam Sekitar SMK Felda Lepar Hilir, Dhia Dhania Eddy Azzuan berkata, semua pelajar sekolah itu begitu komited menjalankan aktiviti kitar semula setelah dimaklumkan oleh Guru Penggerak Kitar Semula Sekolah, Nurfatihah Zainuddin bagi melaksanakan aktiviti program #bermuladengansaya.

“Setiap hari kami (pelajar) membawa satu barang untuk dikitar semula dari rumah secara konsisten.

“Ini merupakan usaha kami dalam menjalankan tanggungjawab bagi memastikan kelastarian alam sekitar bumi kita,” katanya.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya